Sunday, 10 June 2018

Buku Program Hari Anugerah Cemerlang

Buku Program Hari Anugerah Cemerlang

Guru-guriu boleh memuat turun Buku Program Hari Anugerah Cemerlang melalui pautan di bawah. Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah merupakan agenda tahunan setiap sekolah bagi menghargai pelajar-pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Kecemerlangan pelajar mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolah, dalam melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan sekolah adalah sebagai satu institusi pendidikan yang berwibawa. 

Di samping itu, Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah juga adalah sebagai medium untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat. Antara matlamat pelaksanaan program ini adalah untuk:
  1. Memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang serta berpotensi dalam bidang akademik, kokurikulum dan kepimpinan. 
  2. Memupuk emosi pelajar-pelajar agar berazam ingin maju, berlumba-lumba menuju kejayaan dan setanding dengan orang yang telah berjaya. 
  3. Membantu membina budaya sekolah yang cemerlang dengan aktiviti yang bersifat positif. 
  4. Mengembangkan bakat pelajar dari segi kepimpinan, keyakinan terhadap diri sendiri, individu yang berpengetahuan , berkebolehan dan berkemahiran. 
  5. Mengeratkan kerjasama antara ibubapa atau penjaga pelajar dengan pihak pentadbiran dan guru-guru. 
  6. Membina dan memupuk semangat berdisiplin, bekerjasama, berketrampilan, bersatu padu dan muhibah antara rakan


Dokumen dan Pengurusan PAJSK 2018

Dokumen dan Pengurusan PAJSK 2018

PAJSK menyediakan maklumat tentang tahappenyertaan, penglibatan, kemahiran, keupayaan,prestasi dan pencapaian murid dalam pelbagaiaktiviti sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum, aktiviti jasmani dan kesihatan sepanjang persekolahanmurid selaras dengan pembangunan modal insandan perkembangan potensi murid dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti yang dihasratkan oleh Falsafah aktiviti Kebangsaan.

OBJEKTIF PAJSK

Objektif PAJSK adalah untuk:
  • Menyediakan satu kaedah pentaksiran yang standardmentaksir aktiviti sukan, kokurikulum, ekstrakurikulum,aktiviti jasmani dan kesihatan
  • Menyediakan format instrumen yang standard untukmengukur penglibatan, penyertaan, keupayaan,kemahiran, kebolehan, bakat, potensi, minat, sahsiah,dan pencapaian kendiri murid dalam aktiviti sukan,kokurikulum, ekstrakurikulum, aktiviti jasmani dan kesihatan.
  • Menilai dan mengukur penglibatan, penyertaan,keupayaan, kemahiran, kebolehan, bakat danpencapaian kendiri murid mengikut standardprestasi yang ditetapkan dalam aktiviti yangdirancang di peringkat sekolah, daerah, negeri,negara dan antarabangsa.
  • Memberi skor kepada penglibatan, penyertaan,keupayaan, kemahiran, kebolehan, bakat danpencapaian kendiri murid di peringkat sekolah,daerah, negeri, negara dan antarabangsa.
  • Menyediakan satu bentuk pelaporan di akhirtahun persekolahan terhadap aktiviti yangtelah dijalankan untuk kegunaan peribadi,kerjaya dan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.
  • Menyediakan satu bank data bagi skorpencapaian mengikut tahap-tahapperkembangan fizikal, sahsiah, keterlibatan,penyertaan dan komitmen setiap muridsepanjang tempoh persekolahannya untuk tujuan mengesan perkembangan danpencapaian murid bagi melengkapi aspekpentaksiran yang lain.

KEPENTINGAN PAJSK

  • Mengambil kira keseluruhan prestasi pencapaian jasmani, emosi dan rohani murid.
  • Setiap murid akan ditaksir dalam aktiviti yangdirancang dan ditetapkan oleh guru mengikutkeupayaan murid dan kesesuaian sesuatu aktivititersebut.
  • Panduan instrumen pentaksiran PAJSK dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP)dengan kerjasama badan-badan atau agensi profesional.
  • Instrumen ditadbir dan dikendalikan oleh guru diperingkat sekolah.


PAJSK merangkumi pentaksiran berdasarkan aspek-aspek berikut:
  1. Aktiviti jasmani
  2. Kesihatan
  3. Sukan
  4. Kokurikulum
  5. Ekstrakurikulum


Sumber: Idah Muhammad