Aktiviti Panitia Bahasa Arab Sepanjang Tahun

Aktiviti panitia Bahasa Arab sepanjang tahun ini dikongsikan untuk memudahkan pengurusan dokumen panitia. Dalam bidang pengurusan kurikulum, panitia mata pelajaran memainkan peranan yang sangat penting dalam merancang pelbagai aktiviti panitia untuk membantu murid-murid mencapai pencapaian akademik yang terbaik.

Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat pekeliling ikhtisas (Bil. 4, 1986) untuk memberi panduan kepada sekolah melaksanakan kurikulum dengan sokongan sistem panitia yang berkesan. Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan lebih lanjut mengenai fungsi dan peranan setiap panitia di sekolah.

Pelaksanaan aktiviti panitia Bahasa Arab

Panitia sekolah mewakili setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah, dan ketua panitia terdiri daripada guru mata pelajaran yang lebih berpengalaman dalam subjek tersebut.

Ketua panitia berperanan untuk mengkaji dan menilai prestasi murid dalam setiap peperiksaan, menganalisis keputusan ujian yang dijalankan, menyiapkan dan merancang aktiviti pelajar dalam subjek, membuat pemerhatian, merekod dan melaporkan situasi pelajar kepada Guru Penolong Kanan Kurikulum atau Guru Besar.

Ketua panitia harus mampu mengesan kelemahan / kekuatan atau masalah dalam gerak kerja dan jawatankuasa panitia. Selain itu, memastikan penggunaan bahan pengajaran dan alat bantu mengajar dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Muat Turun Aktiviti Panitia Bahasa Arab

Guru-guru yang memerlukan bahan, boleh muat turun menggunakan link di bawah. Admin berhasrat untuk berkongsi pelbagai jenis aktiviti tahunan panitia, yang merangkumi pelbagai mata pelajaran yang digunakan di semua peringkat pendidikan di sekolah rendah atau menengah.

Sila gunakan pautan yang disediakan untuk memuat turun. Dokumen ini disediakan dalam format doc untuk memudahkan guru-guru edit mengikut kesesuaian.

Sekiranya guru-guru adalah setiausaha kurikulum atau penyelaras, boleh juga lihat aktiviti-aktiviti panitia yang lain menggunakan pautan dalam jadual yang disediakan.

BilBahan Perkongsian
🍎Aktiviti Panitia Bahasa Melayu
🍎Aktiviti Panitia Bahasa Inggeris
🍎Aktiviti Panitia Bahasa Cina
🍎Aktiviti Panitia Bahasa Tamil
🍎Aktiviti Panitia Bahasa Arab
🍎Aktiviti Panitia Matematik
🍎Aktiviti Panitia Sains
🍎Aktiviti Panitia Pendidikan Agama Islam

Selain aktiviti panitia, kami juga berkongsi bahan mesyuarat yang lain untuk dijadikan panduan atau idea kepada setiausaha atau ketua panitia. Klik pada tajuk artikel yang telah disenaraikan di bawah:

BilBahan Perkongsian
🍎Minit Mesyuarat Bahasa Melayu
🍎Minit Mesyuarat Bahasa Inggeris
🍎Minit Mesyuarat Matematik
🍎Minit Mesyuarat Sains
🍎Minit Mesyuarat Pendidikan Agama Islam

Semoga dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan guru-guru yang bakal melaksanakan aktiviti panitia sepanjang tahun ini. Selamat melengkapkan dokumen pengurusan panitia!

Berkongsi sesuatu yang bermanfaat

Sebagai penutup kata, kami menjemput guru-guru, murid-murid dan ibu bapa untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan melalui aplikasi Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Sebarang sumbangan bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan boleh dimajukan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!