Bantuan Perkeso Hilang Pekerjaan 2021

Maklumat Bantuan Perkeso Hilang Pekerjaan 2021 diharapkan dapat memberi manfaaat. Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bersedia membantu golongan yang diberhentikan kerja.

Menurut Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran di Malaysia meningkat sedikit sebanyak 0.1 mata peratus kepada 4.8 peratus pada November 2020 berbanding bulan sebelumnya dengan bilangan penganggur seramai 764,400 orang.

Penganggur aktif yang ditakrifkan sebagai mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan, meningkat 2.3 peratus iaitu sejumlah 637,700 orang (Oktober 2020: 623,100 orang).

Penganggur tidak aktif atau kumpulan pasif yang percaya tiada pekerjaan yang tersedia meningkat sebanyak 1.3 peratus kepada 126,700 orang (Oktober 2020: 125,100 orang).

Perkeso menyedia saluran bantuan

Matlamat Perkeso adalah untuk memastkan segala bantuan yang ada, boleh disalurkan dengan kadar segera berikutan banyak kes pekerja yang dibuang kerja.

Semua warganegara Malaysia yang mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso layak untuk membuat permohonan, kecuali mereka yang meletakkan jawatan diri secara sukarela, berkelakuan buruk (misconduct), bersara atau menamatkan kontrak mereka.

Bantuan Perkeso Hilang Pekerjaan 2021

Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP)

Sekiranya anda kehilangan pekerjaan, anda boleh memohon aplikasi Sistem Insurans Pekerjaan PERKESO (SIP) atau aplikasi yang disebut Employee Insurance System (EIS). SIP menyediakan rancangan penempatan pekerjaan dan faedah tunai interim.

Melalui rancangan ini, bantuan kewangan sehingga RM600 (sehingga 3 bulan) akan segera diberikan (7 hari selepas pengesahan pengangguran).

Kelayakan Bantuan Perkeso Hilang Pekerjaan 2021

Para pemohon boleh membuat semakan kelayakan kelayakan bantuan perkeso hilang pekerjaan 2021, iaitu bantuan interim tunai rm600 sebulan selama 3 bulan:

  • Kehilangan pekerjaan berlaku dalam tahun 2018 sahaja
  • Hilang pekerjaan atau diberhentikan kerja
  • Dipaksa meletak jawatan
  • Syarikat/ kilang menutup operasi
  • VSS / MSS layak menuntut bantuan
  • Meletak jawatan disebabkan majikan melanggar terma kontrak. Cth gagal membayar gaji
  • dalam tempoh yang ditetapkan
  • Meletak jawatan disebabkan gangguan seksual di tempat kerja
  • Hendaklah membuat tuntutan dalam tempoh 30 hari dari tarikh hilang kerja

Senarai Bantuan :-

๐ŸŽPermohonan Telefon Pintar Percuma YTL Faundation
๐ŸŽSumbangan Tablet Kepada Pelajar Miskin
๐ŸŽPermohonan Tablet Percuma : ETuisyen
๐ŸŽBantuan Tuisyen Percuma Cikgu Saarani
๐ŸŽPermohonan bantuan insurans Perkeso 2021

Cara memohon bantuan PERKESO

Bagi individu yang ingin memohon bantuan ini, boleh buat permohonan menggunakan dua kaedah iaitu:

Pertanyaan lanjut mengenai bantuan PERKESO

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

9 thoughts on “Bantuan Perkeso Hilang Pekerjaan 2021”

  1. Saya mohon bantuan dari sistem eis perkeso akibat mss yg diberikan oleh majikan kpd saya.malangnya hanya bulan pertama shj saya mendapat bantuan.saya diminta utk daftar utk mendapatkan bantuan pekerjaan namun atas faktor kesihatan saya tak ada kemampuan mencari pekerjaan baru mohon dpt pertimbangan dari perkeso berkenaan perkara ini.

    Reply
  2. Sy berusia 53 tahun, Sy digantong kerja
    Selepas beberapa lama syarikat hantar surat kata Sy dibuang kerja

    Reply
  3. I applied EIS on 11/6/2021 any submitted all the documents they requested at the end (23/06/2021) rejected my application because I registered with personal matter, as a EIS should help people who lost the job. Perkeso asked the person whom lost job must provide the documents to support registered reason.

    Reply
  4. selamat pagi semua.salam jumaat.saya Ahmadhardi bin salleh.saya di henti kerja dengan.alasan company jatuh.bankrup.sudah 1tahun.8bulan.di kampong.pendapatan saya terjejas.uang simpanan saya pun nak abis.kali ini ikat.perut.umur dah dekat 49tahun
    rasa2.nak bunuh diri.saya mampu hidup.lagi.Apa boleh buat kerana stress cari kerja takada

    Reply
  5. Saya berumur 63 thn.. pada awal Januari 2021 saya telah bekerja dgn syarikat perabot. Disebabkan Covic 19 pada awal bulan Jun 2021 syarikat terpaksa di tutup disebabkan PKP..dan di bayar gaji secara pro rata , bulan pertama 30% dari jumlah gaji, bulan kedua ,ketiga RM30 sehari….
    Pada bulan Sept. 3hb. Terima whstapp dari majikan.dgn maksud menamatkan perkhidmatan saya ,berkuatkuasa 2hb.Oktober.
    Persoalannya layak kah saya mendapat bantuan.
    Tolong permudahkan.
    Sekian.
    Terima kasih.

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!