Bantuan Telefon Pintar Percuma B40 2021 : YTL Faundation

Bantuan Telefon Pintar Percuma B40 2021 ini merupakan khabar gembira untuk pelajar sekolah dari keluarga B40: berpendapatan rendah. Permohonan ini dibuka sejak tahun lepas dan telah dilanjutkan hingga 30 Jun 2021.

YTL Foundation telah bekerjasama dengan YES dan FrogAsia untuk menyediakan telefon pintar percuma dengan data 120GB kepada pelajar sekolah kerajaan dari keluarga berpendapatan rendah B40 yang tidak memiliki telefon pintar untuk pembelajaran di rumah.

Ini merupakan salah satu usahasama sektor swasta untuk mengambil tindakan membantu mereka yang memerlukan. Bantuan ini diharapkan dapat membantu pelajar mendapatkan peranti dan data percuma yang diberikan benar-benar memberi manfaat.

Pencalonan pelajar di bawah inisiatif ini adalah berdasarkan kesudian dan sukarela; tidak wajib bagi mana-mana pihak. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web YTL Foundation.

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Syarat memohon bantuan telefon pintar percuma

Pelajar yang dicalonkan mestilah mereka yang mendaftar di sekolah kebangsaan sama ada di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah. Pelajar yang dicalonkan itu juga mesti tergolong dalam keluarga B40.

Keluarga B40 ini merupakan mereka yang berpendapatan isi rumah di bawah RM4,000

Mohon Bantuan Telefon Pintar Percuma B40 2021

Tidak semua pelajar cukup bernasib baik untuk merasai pengalaman belajar di rumah. Sebahagian daripada mereka tidak dapat mengakses sebarang peranti.

Mohon Bantuan Telefon Pintar B40
Borang permohonan diisi oleh guru yang mencalonkan

YTL Faundation ingin menolong mereka yang memerlukan dan menyediakan data pelajar bernilai 120GB (10GB / bulan selama 12 bulan) kepada pelajar B40 secara percuma supaya mereka juga dapat belajar di rumah.

Guru dapat membantu pelajar mohon bantuan ini melalui borang pencalonan ini [borang pencalonan]. Sebelum mengisi borang permohonan,

Anda memerlukan maklumat berikut sebelum mengisi borang pencalonan, sediakan kperluan berikut:

  1. Nombor MyKad guru
  2. Nama dan Nombor MyKad/MyKid Murid
  3. Nama dan Nombor MyKad Ibu/Bapa Murid
  4. Tangkapan skrin (screenshot) laman Semakan BPN yang membuktikan bahawa Ibu/Bapa adalah daripada golongan keluarga B40. (Sila pastikan nombor MyKad Ibu/Bapa yang diisi adalah sama dengan nombor MyKad dalam tangkapan skrin Semakan BPN)
Screenshot laman semakan BPN

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Senarai Bantuan :-

🍎Permohonan Telefon Pintar Percuma YTL Faundation
🍎Sumbangan Tablet Kepada Pelajar Miskin
🍎Permohonan Tablet Percuma : ETuisyen
🍎Bantuan Tuisyen Percuma Cikgu Saarani
🍎Permohonan bantuan insurans Perkeso 2021

10 thoughts on “Bantuan Telefon Pintar Percuma B40 2021 : YTL Faundation”

Leave a Comment

error: Content is protected !!