Berkat 2021: Sumbangan Tablet dan Peruntukan RM 19 Juta

Berkat 2021 merupakan Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (Berkat) 2021. Kerajaan negeri Terengganu pada Khamis mengumumkan bantuan sebanyak RM19 juta bagi membantu rakyat negeri ini yang terkesan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Antara insentif Berkat 2021 itu adalah sumbangan sebanyak 1,600 tablet kepada pelajar miskin bagi memudahkan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang akan disalurkan melalui anak syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

Kerajaan Negeri Terengganu sentiasa memahami denyut nadi rakyat yang terkesan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dengan melancarkan Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) 2021 dengan kos RM19 juta.

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Antara insentif yang diperkenalkan melalui Berkat 2021 adalah seperti berikut :

1. Insentif ‘bakul makanan’ kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kepada golongan asnaf yang dianggarkan keseluruhan seramai 81,000 penerima.

2. Insentif tunai berjumlah RM100 kepada golongan terjejas pekerjaan di sektor yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP 2.0. Contohnya tukang gunting, pekerja kedai cucian kereta dan seumpamanya yang dianggarkan melibatkan seramai 48,000 orang.

3. Bantuan ‘top up’ internet sebanyak RM100 kepada semua pelajar daripada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM2500. Jumlah penerima adalah berdasarkan penerima bantuan persekolahan.

4. Membekalkan 1600 tablet untuk pelajar-pelajar miskin, yang akan disalurkan melalui anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu (GLC).

5. Insentif ‘kuliah online’ kepada pendakwah yang terjejas dan tiada pendapatan tetap.

6. Insentif khas sebanyak RM300 seorang kepada penggiat pelancongan Negeri Terengganu, termasuk penarik beca, pemandu bot penambang, kakitangan agensi pelancongan dan pengembaraan (‘imbound’ sahaja), pemandu bot Tasik Kenyir, pemandu pelancong berdaftar, serta pemandu teksi ‘airport’. Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Negeri Terengganu turut menerima pengecualian Cukai Taksiran bagi tahun 2020.

7. Membuka operasi 20 buah Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) yang akan memberi keutamaan kepada pelajar miskin dan bermasalah semasa Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Walau bagaimanapun, rakyat yang tidak termasuk dalam golongan seperti disebutkan di atas namun amat memerlukan dan terjejas sepanjang tempoh PKP 2.0, boleh menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat ADUN / DUN masing-masing untuk memohon bantuan sesuai yang diperlukan.

Semoga dengan insentif yang diperkenalkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang terlibat.

Senarai Bantuan :-

🍎Permohonan Telefon Pintar Percuma YTL Faundation
🍎Sumbangan Tablet Kepada Pelajar Miskin
🍎Permohonan Tablet Percuma : ETuisyen
🍎Bantuan Tuisyen Percuma Cikgu Saarani
🍎Permohonan bantuan insurans Perkeso 2021

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Sumber: Sinar Harian

13 thoughts on “Berkat 2021: Sumbangan Tablet dan Peruntukan RM 19 Juta”

  1. Asalamualaikum kepada semua ahli Yang berhati ikhlas terimah kasih atas tawaran ini saya mirsiah dari golongan b40 amat2 berterima kasih dan menyambut baik, sekiranya sumbangan ini betul2 ada alhamdulillah syukur kepada allah smoga allah sentiasa melindungi semua ahli yang terlibat, anak saya ada 4 org, 2 org bersekolah anak pertama darja 3 manakala anak saya yg ke 2 praskolah memang susah nak belajar sebab saya kerja sendiri jadi terpaksa saya bawa telepon,

    Reply
  2. Assalamalaikum… kami dari B40 yang mempunyai anak 5 orang yang hanya berkongsi dengan 1 telefon. silih berganti apabila hendak menggunakannya. Semoga dengan sumbangan ini dapat membantu anak-anak untuk mengikuti PdPr dengan baik.

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!