Waktu Mengajar Guru Mengikut Pekeliling

Bilangan waktu mengajar guru mengikut pekeliling ini berfungsi untuk membantu Guru Penolong Kanan Tadbian dan Kurikulum untuk merancang jadua waktu yang lebih efisyen.

Hal ini juga perlu diberi perhatian yang lebih kepada jawatankuasa jadual waktu agar penyusunan waktu mengajar guru tidak menyalahi panduan yang telah ditetapkan. Guru-guru juga dapat menyemak bilangan sebenar masa waktu mengajar guru mengikut pekeliling.

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Bilangan Waktu Mengajar Guru

Bilangan mengajar guru ini adalah merujuk kepada beberapa pekeliling yang telah dikeluarkan. Berikut merupakan pekeliling yang boleh dirujuk untuk menyusun jadual waktu mengajar:

  • Surat Pekeliling KPPM/5:22 Jun 1998
  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/78
  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 25/98
  • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981

Artikel Berkaitan: Penjajaran Kurikulum 2.0, Selesaikan kurikulum yang tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2020 sebelum laksana kurikulum 2021 yang dijajarkan.

Waktu Mengajar Guru Mengikut Jawatan

BILJAWATAN/TUGASGREDBIL.WAKTU MENGAJARRUJUKAN PEKELILING
1Guru BesarDGA32H/DGA34Hsekurangnya 5Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007
2Guru Besar CemerlangDGA38KUPsekurangnya 5Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/67 Pindaan 1982 = Bil.11/07
3Guru Penolong KananDGA32H/Sekurangnya 12Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/67 Pindaan 1982 = Bil.11/07
4Penyelia PetangDGA32H/Sekurangnya 12Pekeliling Pentadbiran Bil. 3/67 Pindaan 1982 = Bil.11/07
5Guru KaunselingDGA29/DG41TIADASurat Kp(Pp)0051/1/Jld.8/(24) Bertarikh 3 Ogos 2001
6Guru Penyelaras BestariDGA29/DG41antara 6-8Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 /2005
7Guru Perpustakaan/MediaDGA29/DG41antara 6-8Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3 /2005
8Guru PemulihanDG4130 WaktuMengikut Pekeliling Sedia Ada
9Guru Data (Tambah 20 Waktu Pengurusan Data)DGA29/DG41< 12 waktuSURAT Pekellllng Ikhtlsas BIL 14/2007
10Guru CemerlangDGA32/DGA3412–22Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007
11Guru Akademik BiasaDGA29/DGA32TB22–30Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007
  12Guru Akademik Biasa (Menjalankan Tugas Pentadbiran) – Dibayar ETJ  DGA29/  12–17Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007
13Guru J-QAFDG41/DG4422–30Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007
14Guru Penolong AgamaDGA29/DGA32TB22–30Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2007
15Guru Panduan-Khas SM/SMT/SMVIKUT WARAN12 WaktuPindaan Kepada Pekeliling Pentadbir Bilangan 3/1967
16Guru Setiausaha SukanDGA29/DGA32TBSekurangnya 18Pindaan Kepada Pekeliling Pentadbir Bilangan 3/1967

Panduan untuk penyelaras jadual waktu

Berikut dikongsikan juga perkara utama yang dikongsikan oleh Cikgu. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh guru-guru yang terlibat dalam jawatankuasa jadual waktu.

  • Bincang dengan pentadbir untuk pelaksaan minggu pengajaran dan pembelajaran (min 32 minggu max 42 minggu).
  • Buat pengiraan yang bersesuaian dengan bilangan jam setahun setiap subjek. Guru boleh rujuk panduan Pengiraan Minimum Jam Setahun.
  • Dapatkan senarai guru kelas dan guru subjek setiap aliran. Bagi sesetengah sekolah, pembahagian subjek telah dibuat oleh Guru Penolong Kanan pentadbiran, dan sesetengah sekolah lagi guru jadual waktu yang perlu aturkan.
  • Lengkapkan data guru, kelas, subjek dan bilik khas ke dalam sistem (ASC).
  • Masukkan data subjek dan guru selengkapnya.
  • Sekiranya perlu, masukkan constraints jika ada.
  • Semak dan cuba lihat jadual yang tesedia sebelum generate.

Rezeki bukan sekadar wang ringgit

Perlu juga ulang-ulang diingat bahawa rezeki Allah bukan hanya kekayaan atau wang ringgit, tetapi juga pengetahuan, kedamaian, anak-anak soleh solehah dan keluarga bahagia. Terdapat masa untuk muhasbah diri ketika diberi rehat, sama-sama kita kejar keberkatan dalam rezeki.

Kita boleh lihat dengan mata kasar dalam kehidupan seharian tanda-tanda keberkatan rezeki. Berikut merupakan beberapa tanda keberkatan rezeki:

  1. Iman kian kuat dan hati yang semakin dekat dengan Allah.
  2. Hati yang semakin rasa tenang dan tenteram.
  3. terdorong menjadi insan yang pemurah.
  4. Dijauhkan daripada bala Allah.
  5. Dapat membentuk keluarga yang harmoni.
  6. Melahirkan anak-anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.
  7. Sentiasa Qanaah; merasa cukup dan bersyukur dengan segala bentuk pemberian Allah.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

2 thoughts on “Waktu Mengajar Guru Mengikut Pekeliling”

  1. Pekeliling lama menggunakan 1 Waktu = 40 minit.
    Kssm sekarang 1 Waktu = 30 minit.

    Oleh itu, jika buat pengiraan matematik
    Guru PK. = 12 x 40 ÷ 30 = ?

    Itu sepatutnya bilangan waktu kssm

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!