Daftar SSM Online : Cara Pendaftaran Perniagaan Melalui ezBiz

Daftar SSM Online : Cara Pendaftaran Perniagaan membantu golongan yang memiliki perniagaan sendiri. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mewajibkan semua individu atau rakan niaga yang menjalankan perniagaan, berdaftar dengan SSM.

Langkah yang diambil ini menepati Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Tujuannya adalah untuk melindungi pengguna daripada ditipu selain memberi jaminan kepada pembeli.

Peniaga yang tidak berdaftar boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Jika sabit kesalahan, peniaga boleh dikenakan hukuman dua tahun penjara atau denda RM50,000. Atau kedua-duanya sekali.

Harga Bayaran Daftar SSM Online

Jika ingin mendaftar dengan nama syarikat / perkongsian, Contohnya : Muhammad Trading, caj bayaran ialah RM70 setahun.

Jika ingin mendaftar atas nama sendiri atau pemilikan tunggal, Contohnya : Alissa binti Mamat, bayaran ialah RM40/setahun.

Bayaran Pembaharuan Lesen

  • Syarikat : RM60/setahun
  • Sendiri : RM30/setahun
  • Sebelum itu, pendaftar perlu tahu jenis perniagaan yang dijalankan.
    • ROB – Untuk perniagaan Enterprise
    • ROC – Untuk Sdn bhd

Syarat-Syarat Pendaftaran Perniagaan

Syarat untuk mendaftar perniagaan adalah seperti berikut:

  • Pemilik merupakan warganegara Malaysia atau penduduk tetap.
  • Pemilik mesti berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Pemilik dan rakan kongsi sahaja dibenarkan untuk membuat permohonan.

Panduan dan Cara Daftar SSM Online

  1. Layari laman sesawang https://ezbiz.ssm.com.my/
  2. Klik butang SIGN UP bagi pengguna kali pertama dan masukkan nombor kad pengenalan beserta nama penuh. (seperti dalam kad pengenalan).
  3. Jika telah mempunyai akaun, sila masukkan USERNAME .Diikuti dengan KATA LALUAN dan KOD VERIFIKASI, kemudian tekan butang ‘SIGN IN’.
  4. Tekan butang REGISTER.
  5. Anda kini telah berdaftar sebagai pengguna EzBiz, tetapi perniagaan anda masih belum didaftarkan.
  6. Untuk meneruskan pendaftaran, anda perlu hadir di mana-mana kaunter SSM dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima di emel pengguna.
  7. Aktifkan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat (sekali seumur hidup).
  8. Selepas ID anda diaktifkan, sila LOGIN semula ke laman web tadi.
  9. Kemudian, untuk daftar SSM online, sila pilih MY BUSINESS SERVICE.
  10. Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION. Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut :
    • Nama perniagaan
    • Tarikh permulaan perniagaan
    • Alamat utama perniagaan
    • Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
    • Maklumat pemilik dan rakan kongsi
    • Jenis perniagaan yang akan dijalankan g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada)
  11. Akhir sekali, buat pembayaran mengikut kaedah yang anda inginkan. Sekiranya berjaya, anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM. Perakuan Pendaftaran Perniagaan boleh diperolehi dalam masa satu jam dari waktu pembayaran dibuat.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!