Kertas Kerja Ujian SEGAK : Panduan Penulisan

Contoh Kertas Kerja Ujian SEGAK ini dikongsi pleh guru-guru sebagai panduan bersama. Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) merupakan salah satu komponen dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Perincian Pelaksanaan Ujian SEGAK 2021

SEGAK dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan.

Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu:

  • Indeks Jisim Badan (BMI)
  • Jangkauan melunjur
  • Tekan tubi (1 minit)
  • Ringkuk tubi separa (1 minit)
  • Naik turun bangku (3 minit)

Objektif Pelaksanaan Ujian

  • Mengukur dan merekod tahap kecergasan fizikal kendiri.
  • Menganalisis dan mentafsir kecergasan fizikal kendiri.
  • Mengetahui tahap kecergasan fizikal kendiri.
  • Merancang dan melakukan tindakan susulan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal.
  • Mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat untuk mencapai tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan yang optimum.

Muat Turun Kertas Kerja Ujian SEGAK

Memandangkan masing-masing berlumba untuk melakukan yang terbaik untuk sekolah, pastinya ramai guru yang akan mencari idea untuk melaksanakan projek bermanfaat. Sekiranya berminat untuk melaksanakan projek atau program ini, muat turun kertas kerja melalui pautan ini:

Bahan-Bahan Berkaitan Kertas Kerja

Sekiranya guru-guru adalah pengurus projek atau mencari idea untuk melaksanakan projek di sekolah, boleh muat turun dan lihat contoh-contoh kertas kerja ini menggunakan pautan dalam jadual yang disediakan.

Selain Kertas Kerja Ujian SEGAK, guru boleh melihat contoh-contoh kertas kerja yang lain:

🍎Contoh Kertas Kerja Minggu Transisi dan Guru Penyayang
🍎Kertas Kerja Projek Landskap Sekolah
🍎Kertas Kerja Program HIP : Highly Immersive Programme
🍎Kertas Kerja Program English Week
🍎Kertas Kerja Ujian SEGAK di Sekolah Rendah / Menengah
🍎Kertas Kerja Pengelolaan Public Speaking

Admin insha-Allah akan mengumpulkan contoh kertas kerja lengkap bagi setiap projek. Koleksi ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk tahun ini atau rujukan tahun-tahun akan datang.

Sekiranya guru yang ingin berkongsi bahan bermanfaat yang telah disiapkan, sila hubungi admin @tchercollection melalui emel atau Telegram.

Semoga aktiviti seperti ini dapat memberikan pendedahan kepada murid tentang kepentingan kecergasan dan kesihatan tubuh badan. Semoga segala aktiviti yang dirancang dapat dijayakan dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!