Contoh Nota Serah Tugas Guru : Format Terkini

Contoh Nota Serah Tugas ini sangat berguna untuk guru-guru atau pejwat awam yang akan menamatkan perkhidmatan di sesebuah institusi. Hal ini termasuklah pertukaran, persaraan atau penamatan perkhidmatan.

Pertukaran merupakan salah satu fungsi pengurusan sumber manusia yang penting. Pegawai akan dapat memberi perkhidmatan yang cemerlang sekiranya ditempatkan di jawatan yang bersesuaian dengan kompetensinya. Urusan pertukaran yang tidak dilaksanakan dengan baik akan memberikan kesan yang negatif bukan sahaja kepada organisasi tetapi kepada pegawai yang terlibat.

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Berikut merupakan beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum meninggalkan tempat kerja semasa:

  • mematuhi arahan pertukaran yang dikeluarkan. Mana-mana pegawai yang ingkar boleh dikenakan tindakan tatatertib kecuali pegawai mempunyai alasan yang munasabah dan diterima oleh Ketua Jabatan.
  • menyediakan Nota Serah Tugas yang lengkap untuk melicinkan pengambilalihan tugas oleh pegawai pengganti.
  • mengembalikan semua barangan serta peralatan yang diperuntukkan ke atas jawatan.

Dapatkan contoh nota serah tugas guru

Admin insha-Allah akan mengumpulkan bahan-bahan panduan pengurusan lengkap bagi guru-guru dan penjawat awam yang lain. Koleksi bahan ini boleh digunakan oleh untuk tahun ini atau rujukan tahun-tahun akan datang.

Sekiranya guru yang ingin berkongsi koleksi bahan yang boleh dimanfaatkan bersama, sila hubungi admin @tchercollection melalui emel atau Telegram.

🍎Nota Serah Tugas Guru Perpustakaan dan Media (GPM)
🍎Nota Serah Tugas GPK Kokurikulum
🍎Nota Serah Tugas Guru Penolong Kanan Kokurikulum
🍎Nota Serah Tugas Pembantu Tadbir N19
🍎Pekeliling Nota Serah Tugas JPA
🍎4 Panduan Penyediaan Nota Serah Tugas

Rujukan berkaitan:

  • Surat Edaran JPA.193/6/3-4/(20) Bertarikh 19 Julai 1985 Penggunaan Format Nota Serah Tugas Yang Seragam Bagi Pegawai-pegawai Yang Terlibat Dengan Pertukaran.
  • Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 2004 Panduan Pertukaran Pegawai Awam.

Kandungan Nota Serah Tugas

Berikut merupakan kandungan yang perlu dimuatkan dalam nota serah tugas yang disediakan sebelum berpindah ke tempat kerja lain atau ketika menamatkan perkhidmatan:

  1. Surat Penyertaan dan Akaun Terima Nota Serah Tugas 
  2. Senarai Tugas Jawatan
  3. Kedudukan Terakhir Tugas-Tugas Yang Belum Rasmi
  4. Senarai Hartabenda / Peralatan Pejabat
  5. Kedudukan Kewangan Akaun dan Lain-Lain
  6. Fail Meja
  7. Manual Prosedur Kerja
  8. Hal-Hal Lain

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!