Connect with us

Bahan Perkongsian Guru

Contoh RPH TS25 : Transformasi Sekolah 2025

Published

on

Mesyuarat Majlis Ekonomi Bil. 2/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 19 Januari 2015, telah meluluskan pelaksanaan Program Sekolah Transformasi (PST) KPM, manakala Mesyuarat Profesional KPM Bil.14/2017 bertarikh 27 April 2017 telah meluluskan penjenamaan semula PST kepada Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

TS25 Meningkatkan Kemenjadian Murid

Program TS25 merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualifi dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Sejarah TS25 di Malaysia

Program TS25 bermula pada bulan Jun 2015 dengan kohort 1 sebanyak 99 buah sekolah. Seterusnya pada tahun 2017 sebanyak 100 buah sekolah dipilih untuk kohort 2 dan tahun 2018 sebanyak 401 buah sekolah dipilih untuk kohort 3, menjadikan jumlah keseluruhan yang terlibat adalah 600 buah sekolah. Pada tahun 2019 pula sebanyak 500 buah sekolah telah dilibatkan dalam program ini.

Program TS25 melibatkan sokongan Master Trainer (MT) dan Rakan Educational Leadership and Instructional Team (Rakan ELIT). Mereka ini terdiri daripada 232 personel dalam kalangan pensyarah Institut Aminuddin Baki (IAB), Instituf Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Pada fahun 2017 hingga 2019, terdapat penambahan Rakan ELIT dalam kalangan Pensyarah IAB, Pensyarah IPG, SlPartners+ dan SISC+ berjumlah 1886 orang.
Menjelang tahun 2021 pelaksanaan Program TS25 akan diurustadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan didokong oleh Bahagian-Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Contoh RPH TS25

Contoh Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) TS25 boleh rujuk gambar di bawah:
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending