Kaji semula keselamatan guru di sekolah

NUTP gesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengkaji semula aspek keselamatan guru yang mengendalikan pembelajaran secara bersemuka untuk calon peperiksaan utama 2020.

Harry Tan Huat Hock yang merupakan Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), menegaskan bahawa tindakan ini sangat perlu kerana terdapat sekolah dikesan memaksa guru untuk mengajar dari jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang.

Katanya, waktu rasmi untuk sesi pembelajaran sepatutnya ialah pada jam 7.30 pagi hingga 2.30 petang.

“Waktu selanjutnya, dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang ialah waktu untuk kelas tambahan, iaitu di luar waktu rasmi.

Masa yang lama di sekolah beri kesan kepada motivasi murid

“Masa yang terlalu lama di sekolah sudah tentu akan melemahkan semangat dan minat pelajar untuk membuat persediaan bagi menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) kelak.

Berkaitan: Hadiri bengkel PPD punca guru dijangkiti COVID-19

“Begitu juga guru yang bertungkus-lumus menyedia dan mengajar secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sebelum ini.

“Daya tahan kesihatan pelajar dan guru turut akan terjejas kerana terperap di dalam kelas sahaja, tanpa melakukan aktiviti riadah yang dapat menguatkan ketahanan serta imunisasi badan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sesi persekolahan hanya untuk calon peperiksaan utama

KPM pada 16 Januari lalu menerusi arahan terbaharu mengumumkan sesi persekolahan secara bersemuka mulai 20 Januari, di seluruh negara hanya membabitkan calon peperiksaan utama bagi 2020.

Pendekatan itu diambil selepas mengadakan perbincangan dengan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jabatan Kesihatan negeri (JKNT), sebelum ini mengesahkan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, di Kuala Terengganu diarah tutup selama 14 hari, berkuat kuasa 22 Januari lalu hingga 5 Februari depan.

Arahan penutupan sekolah itu dikeluarkan JKNT selepas mendapati lapan guru di sekolah berkenaan disahkan positif COVID-19.

Susulan penularan dalam kalangan pendidik, Huat Hock mencadangkan supaya jadual keberadaan pelajar di dalam kelas dan PdPR diselaraskan di semua sekolah.

“Pelajar dan guru perlu diberi ruang serta masa untuk melakukan aktiviti riadah secara persendirian.

“NUTP juga menggesa KPM untuk menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE) kepada guru di seluruh negara bagi menjamin aspek keselamatan dan kesihatan mereka,” katanya.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!