Poster Mewarna Ramadan : Muat Turun PDF

Poster Mewarna Ramadan ini memaparkan 4 gambar menarik yang dikongsikan oleh TcherCollection-TC untuk kegunaan guru-guru di sekolah. Boleh muat turun melalui Telegram atau melalui link yang kami kongsi di sini. Gambar-gambar atau lembaran ini boleh disesuaikan dengan tema-tema dan topik yang diajar.

Sebagai guru, kita harus tekun dan mahir dalam menentukan bahan mengikut kesesuaian sebelum digunakan sebagai lembaran kerja atau bahan pertandingan. Faktor atau aspek yang dapat dinilai dalam pemilihan adalah seperti berikut:

  • Ketebalan garis lukisan.
  • Bilangan objek yang akan diwarnakan.
  • Ketelitian objek yang akan diwarnakan.
Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection
Poster Mewarna Ramadan

Gambar Untuk Pertandingan Mewarna Ramadan

Koleksi gambar mewarna pelbagai tema ini juga boleh dijadikan bahan untuk pertandingan mewarna. Pertandingan mewarna sering kali dijadikan aktiviti santai untk kanak-kanak.

Muat Turun Poster Mewarna Ramadan menggunakan pautan yang disediakan di bawah. Format fail adalah PDF.

Admin insha-Allah akan mengumpulkan bahan-bahan lengkap bagi setiap aktiviti. Koleksi ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk tahun ini atau rujukan tahun-tahun akan datang.

🍎Gambar untuk mewarna prasekolah
🍎Gambar Mewarna Ihya’ Ramadhan
🍎Koleksi gambar mewarna rumah
🍎Contoh gambar mewarna haiwan di zoo
🍎Gambar mewarna Covid-19
🍎Lembaran mewarna kanak-kanak: Upin Ipin
🍎Himpunan mewarna gambar boboiboy
🍎Koleksi latihan mewarna Frozen
🍎Lembaran kerja mewarna buah-buahan
🍎Mewarna gambar nombor untuk kanak-kanak

Sekiranya guru yang ingin berkongsi koleksi bahan yang telah dihasilkan, sila hubungi admin @tchercollection melalui emel atau Telegram.

Kebaikan dan tujuan aktiviti Mewarna

Berikut merupakan antara sebab admin berkongsi bahan Koleksi Mewarna Gambar Buah-Buahan:

  • Aktiviti mewarna dapat melatih kanak-kanak untuk fokus pada aktiviti yang mereka laksanakan. Murid perlu fokus pada pergerakan pesnsel warna mereka dan untuk menyiapkan tugasannya di atas kertas.
  • Mewarna menuntut kanak-kanak untuk selaraskan pergerakan mata dan tangan mereka. Murid akan berlatih memegang pensel warna dan mengawal pergerakan tangan tanpa perlu melintasi garis lukisan.
  • Pengenalan ringkas warna yang akan menarik minat kanak-kanak. Oleh itu, kaedah ini boleh digunakan sebagai aktiviti awal kanak-kanak mengenal warna. Kepelbagaian warna yang diperkenalkan adalah cara yang berkesan untuk kanak-kanak mengenali dan mengingati warna-warna.
  • Ruang garisan dalam lukisan memberi ruang yang cukup kepada anak kecil untuk memikirkan kombinasi warna untuk gunakan supada dapat mencantikkan gambar yang diwarnai. Murid membayangkan dalam aktiviti ini dan merangsang potensi kreatifnya.
  • Aktiviti mewarna menenangkan murid dan mengalih fokusnya kepada aktiviti fizikal. Murid juga belajar sabar dan fokus untuk menyelesaikan kerja. Ini juga berlaku ketika anda duduk bersama dan membincangkan objek yang diwarnakan.
  • Melalui aktiviti mewarna, murid-murid juga dapat mengenali corak, kepekatan warna, ketebalan garis, perspektif, bentuk dan penampilan. Ini penting untuk pra-membaca dan pra-matematik.
Pertandingan Mewarna Sempena Ramadan

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!