Latihan RBT Tingkatan 1 Bahan Ulangkaji Terbaik

Latihan RBT Tingkatan 1 ini merupakan bahan pembelajaran perkongsian Cikgu Asmahani bt Abu Samah. Bahan topikal mengikut silibus ini boleh dimanfaatkan oleh murid-murid tingkatan 1, 2 dan 3 sebagai ulangkaji.

Melalui Kurikulum Standard Sekolah Menengah KSSM, murid akan dibentuk untuk memiliki kemahiran komunikasi yang baik. Selain itum murid ini akan mampu menjana idea untuk menghasilkan produk baharu.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan akan menjadikan murid sebagai pereka bentuk yang membudayakan pemikiran kritis, kreatif, inovatif, inventif dan keusahawanan.

Pecahan Latihan RBT Tingkatan 1

Latihan ini lengkap mengikut keseluruhan topik dan silibus. Kurikulum RBT dalam KSSM memberi fokus kepada empat domain utama.

Murid akan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran melalui aktiviti reka bentuk dan penghasilan produk.

  1. Apresiasi Reka Bentuk
    • Mensyukuri dan menghayati sesuatu reka bentuk di sekeliling untuk tujuan penambahbaikan reka bentuk atau membuat reka bentuk baharu yang lebih baik, murah dan cekap.
  2. Aplikasi Teknologi
    • Mempelajari dan mengaplikasikan teknologi dalam reka bentuk yang merangkumi pelbagai disiplin ilmu.
  3. Pembuatan Produk
    • Penghasilan reka bentuk dan produk yang lebih efisien yang melibatkan proses reka bentuk.
  4. Penilaian Reka Bentuk Produk
    • Menekankan nilai-nilai murni dalam pembelajaran bagi memastikan produk dapat menyelesaikan masalah individu dan masyarakat di samping berdaya saing.

Set Lengkap Latihan RBT Tingkatan 1

Set Ulangkaji Lengkap RBT Tingkatan 1 ini merupakan kuiz online yang disediakan menggunakan Google Form. Guru-guru dan murid-murid dapat menggunakan bahan ini sebagai bahan ulangkaji.

  1. Pengenalan Reka Bentuk dan Teknologi
  2. Pengurusan Projek
  3. Proses Reka Bentuk
  4. Lakaran
  5. Sistem  Fertigasi
  6. Fesyen

Koleksi Kuiz dan Latihan RBT

Pelaksanaan Kurikulum Abad Ke-21

KSSM RBT memberi penekanan kepada pembentukan individu berperwatakan mulia yang mampu membuat keputusan dan tindakan dengan bertanggungjawab.

Dengan memiliki kemahiran ini, murid akan lebih berdaya saing dan mampu menghadapi cabaran pada masa hadapan. Beikut merupakan kemahiran murid yang diharapkan:

  1. Berdaya tahan dan mampu mengatasi kesukaran, mengatasi cabaran dengan kebijaksanaan, keyakinan, toleransi dan empati.
  2. Mahir Berkomunikasi; Menyuarakan dan meluahkan fikiran, idea dan maklumat dengan yakin dan kreatif secara lisan dan bertulis, menggunakan pelbagai media dan teknologi.
  3. Mampu berfikir secara kritikal, kreatif dan inovatif, mampu untuk menangani masalah yang kompleks dan membuat keputusan yang beretika.
  4. Boleh bekerjasama secara berkesan dan harmoni dengan setiap ahli pasukan.
  5. Berupaya membangunkan rasa ingin tahu semula jadi untuk meneroka strategi dan idea baharu.
  6. Berintegriti dan jujur, kesamarataan, adil dan menghormati maruah individu, kumpulan dan komuniti. Mereka bertanggungjawab atas tindakan, akibat tindakan serta keputusan mereka.
  7. Bijak mendapatkan pengetahuan dan membentuk pemahaman yang luas dan seimbang merentasi pelbagai disiplin pengetahuan.
  8. Murid penyayang; menunjukkan empati, belas kasihan dan rasa hormat terhadap keperluan dan perasaan orang lain.
  9. Bersikap patriotik; mempamerkan kasih sayang, sokongan dan rasa hormat terhadap negara.

Koleksi Kuiz dan Latihan Tingkatan 1

Insha-Allah admin akan kumpulkan koleksi kuiz dan latihan untuk kegunaan murid-murid tingkatan satu di sini. Sekiranya ada guru ingin berkongsi, mohon hubungi admin di telegram @tchercollection.

🍎Kuiz dan latihan Geografi
🍎Kuiz dan Latihan Matematik
🍎Kuiz dan Latihan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
🍎 Nota Sains Tingkatan 1 dalam Bentuk Grafik

Berkongsi sesuatu yang bermanfaat

Sebagai penutup kata, kami menjemput guru-guru, murid-murid dan ibu bapa untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Semoga Cikgu Asmahani bersama suami, ibu bapa, anak-anak dan ahli keluarga diberi kesihatan  yang baik, dipermudahkan segala urusan.

Didoakan juga anak-anak beliau menjadi anak Soleh dan Solehah penyejuk hati kebanggaan Nabi Muhammad SAW. Semoga mendapat pengakhiran yang baik; Khusnul Khotimah.

Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan melalui aplikasi Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Sebarang sumbangan bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan boleh dimajukan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

9 thoughts on “Latihan RBT Tingkatan 1 Bahan Ulangkaji Terbaik”

  1. Mohon share ye, semoga dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah buat cikgu sekeluarga.Semoga Allah memberi ganjaran yang besar buat cikgu.

    Reply
  2. assalamualaikum puan…. minta izin untuk share pada pelajar-pelajar saya yer……. untuk ulangkaji pelajaran…… semoga Allah membalas sumbangan cikgu dengan rezeki yang melimpah ruah buat cikgu sekeluarga.

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!