Login BPR : Mohon & Kemaskini Bantuan 2021

Login BPR, Bantuan Prihatin Rakyat 2021 untuk mengemaskini maklumat diri di dalam sistem. Pemohon boleh mengemaskini nombor akaun bank, bilangan tanggungan atau mana-mana maklumat.

Tarikh pendaftaran atau pengemaskinian adalah antara 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021. Sebarkan maklumat ini kepada saudara mara atau kenalan yang memerlukan. Pembayaran dijangka dibuat pada:

  • Fasa 1 : April / Mei 2021
  • Fasa 2 : September / Oktober 2021

Login BPR untuk kemaskini maklumat

Pemohon yang perlu membuat kemas kini ialah pemohon BSH 2020 atau BPN 2.0 yang lulus boleh mengemaskini permohonan.

Pemohon yang perlu membuat permohonan baharu pula ialah pemohon yang tidak menerima BSH
2020 atau BPN 2.0 serta berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.

3 Cara untuk Mohon BPR 2021

  • Secara Dalam Talian
    https://bpr.hasil.gov.my
  • Borang Permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui Portal Rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my
  • Pemohon boleh hadir ke lokasi berikut dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan BPR
    • Cawangan LHDNM
    • Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
    • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Senarai Dokumen untuk Mohon BPR

  1. PEMOHON
    • Salinan Sijil Perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
    • Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN. (Salinan)
    • Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN.
    • Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh Mahkamah. (Salinan)
  2. PASANGAN
    • Salinan pengenalan pasangan (MyKad / MyPR / MyKAS)
    • Salinan pasport / Visa / UNCHR / Pas Sempadan / Sijil lahir / KP lama
  3. ANAK
    • Anak Kandung Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Lahir yang dikeluarkan oleh JPN; atau
    • Anak Angkat Salinan MyKad / MyKid dan Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang dikeluarkan oleh JPN

MySalam : Skim bantuan Perlindungan

Penerima BPR sehingga umur 65 tahun secara automatik akan dilindungi di bawah skim MySalam dengan manfaat seperti berikut:

  • Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali gus apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal; dan
  • Pendapatan gantian elaun hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana Hospital Kerajaan, Hospital Pengajar dan Hospital Angkatan Tentera.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Skim mySalam, sila layari www.mysalam.com.my atau emelkan kepada [email protected] serta menghubungi talian mySalam di 1-300-888-938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Ada masalah berkenaan Login BPR?

  • Hotline BPR MOF03-8882 4565/03-8882 4566
  • Hotline BPR LHDNM 1-800-88-2747
  • E-mel [email protected]
  • Laman Web https://bpr.hasil.gov.my
  • Alamat Kementerian Kewangan Sekretariat BPR Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 WP Putrajaya.

1 thought on “Login BPR : Mohon & Kemaskini Bantuan 2021”

Leave a Comment

error: Content is protected !!