Logo TS25 Muat Turun Pelbagai Format: Jpeg, Png dan AI

Logo TS25 ini boleh dimuat turun dalam format Jpeg dan Png. Imej logo dalam format png ialah versi transparent background, high dimensions (HD), tanpa latar putih dibelakangnya.

Program Transformasi Sekolah (TS25) merupakan program yang dibentuk berpandukan model Sekolah Amanah. Program Sekolah Amanah adalah satu usaha sama dengan rakan kongsi swasta yang bertujuan untuk mewujudkan model transformasi sekolah.

Seterusnya, misi kewujudan sekolah amanah kini tercapai apabila dijadikan contoh di seluruh negara sebagai wawasan jangka panjang yang strategik.

Rakan kongsi swasta yang dipilih bagi merintis program ini adalah Yayasan AMIR, iaitu sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Khazanah Nasional Berhad (KNB), penaja bagi program ini.

Latar belakang program TS25

Program Transformasi Sekolah 2025 pada asasnya merupakan satu perubahan kepada minda dan budaya amalan di sekolah.

Pemimpin sekolah sebagai pengurus perubahan memainkan peranan penting untuk mempermudahkan perjalanan warga sekolah ke arah cara kerja baharu.

Logo TS25 transparent hd

Muat Turun Logo TS25

Dapatkan logo TS25 dalam format Jpeg dan Png di sini. Imej dalam format png ialah versi transparent background, high dimensions (HD)

muat turun
Logo TS25 : JPEG | Logo TS25 : PNG | Logo TS25 : AI

Berikut merupakan 3 objektif utama pelaksanaan TS25:

  • Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik  yang berfokus.
  • Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi dan pembimbing kepimpinan.
  • Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan kemenjadian murid.

Matlamat dan Objektif pelaksanaan program TS25

Matlamat Program TS25 adalah untuk mentransformasikan bidang kepimpinan yang masih berada di takuk yang lama. Memantapkan kepimpinan sekolah ini termasuklah menyusun semula bidang tugas dan juga memberi kepercayaan kepada guru untuk turut menjadi pemimpin.

Selain itu, program ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Akhir sekali, program ini berhasrat untuk memperbanyakkan penglibatan Komuniti; Mengukuhkan penglibatan aktif ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

Koleksi slaid TS25 modul lengkap

MODUL 1
Coaching dan Pementoran
MODUL 5
Penilaian dan Refleksi
MODUL 2
Menerajui Kepimpinan
MODUL 6
Kefahaman Melalui Rekabentuk
MODUL 3
Menerajui Pembelajaran
MODUL 7
Digital Tools & Resources
MODUL 4
Persekitaran Pembelajaran Bermakna
MODUL 8
Redesigning SLE

Berkongsi sesuatu yang bermanfaat

Sebagai penutup kata, kami menjemput guru-guru, murid-murid dan ibu bapa untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan melalui aplikasi Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Sebarang sumbangan bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan boleh dimajukan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!