Connect with us

TS25

Modul 3 TS25 : Menerajui Pembelajaran

Published

on

Modul 3 ini memberi penekanan kepada elemen-elemen penting berkaitan dengan pedagogi guru yang menjana kemenjadian murid. Fokus modul ialah amalan dan pendekatan pedagogi abad ke-21 (PAK21), penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi, penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi menggunakan pelbagai gaya pembelajaran, mengaplikasikan pentaksiran berterusan dan penyediaan Rancangan Pengajaran Harian ke arah pembelajaran berkesan.

Modul ini juga mengajak guru-guru untuk membuat pemetaan di antara Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) dan PAK21 agar mereka sedar bahawa Program Transformasi sekolah adalah relevan dengan apa yang sedia ada di sekolah.

Guru-guru dilatih untuk menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian yang berkesan dengan mengambil kira semua elemen tersebut. Modul ini boleh merangsang transformasi sekolah melalui peningkatan profesionalisme guru dan pembelajaran murid. Sila klik pada sub modul untuk mendapatkan maklumat dan bahan yang berkaitan;

Ringkasnya, Modul 3 mempersiapkan peserta untuk berhadapan dengan murid di dalam bilik darjah setelah mereka mendapat input tentang kepimpinan dan pengurusan sekolah di dalam Modul 1 dan Modul 2.

Adalah diharapkan ia membantu peserta untuk mempersiapkan sekolah masing masing untuk membudayakan apa dihasratkan oleh Program Transformasi Sekolah 2025.
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending