Connect with us

Berita Pendidikan

Murid Tidak Perlu Pakai Pelitup Muka

Published

on

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak mewajibkan penggunaan pelitup muka bagi pelajar yang terlibat dalam sesi pembukaan semula sekolah pada 24 Jun ini.
Menterinya, Dr Radzi Jidin berkata, bagaimanapun mana-mana pelajar yang didapati bergejala akan dibekalkan pelitup muka dan perlu memakainya seperti garis panduan ditetapkan.
“Bagi ibu bapa yang mahu bekalkan anak-anak pelitup muka, kita tiada halangan untuk pelajar mengamalkan pemakaian pelitup muka.
“Ini seperti mana yang digalakkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam Sidang Akhbar Khas KPM di sini hari ini.
Menurutnya, garis panduan bagi perkara itu akan ditambah baik melihat kepada keperluan semasa.
“Garis panduan akan ditambah baik dari masa ke masa. Kita akan bincang dengan KKM melihat pada situasi masa tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, ditanya sama ada pelajar perlu melakukan penjarakan sosial dalam bas sekolah, beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) akan diputuskan oleh Kementerian Pengangkutan.
“Garis panduan bagi pelajar yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Kementerian Pengangkutan sedang memuktamadkan perkara ini dan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet sebelum diumumkan,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending