MyTemujanji JPN Untuk Berurusan di JPN

MyTemujanji JPN Gov My digunakan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bagi membendung penularan COvid-19. Permohonan temujanji boleh dibuat di https://mytemujanji.jpn.gov.my bagi urusan di semua pejabat JPN seluruh Malaysia termasuk cawangan UTC.

Waktu Operasi Kaunter JPN 2021

Untuk makluman semua pelanggan yang berurusan di JPN, selaras dengan pengumuman terkini pelaksanaan PKP, PKPB & PKPP bermula 13 hingga 26 Januari 2021 waktu operasi kaunter JPN adalah seperti berikut.

Sepanjang tempoh ini, 𝐉𝐏𝐍 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐚𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐎𝐏 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐭𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐮 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚.

Permohonan janji temu boleh dilakukan di https://mytemujanji.jpn.gov.my/. Sekiranya terdapat gangguan pada sistem janji temu, pemohon boleh hantarkan emel kepada [email protected].

Rabu: Hari Pembayaran Tanpa Tunai

Sempena Kempen Pembayaran Tanpa Tunai Peringkat Nasional 2020, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mula melaksanakan pembayaran tanpa tunai di pejabat-pejabat JPN Ibu Negeri dan UTC. Kini JPN menjadikan hari Rabu sebagai hari tanpa tunai.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03-88807077 atau hantarkan emel kepada [email protected].

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!