Nota Komsas Tingkatan 2 : Bahasa Melayu

Nota Komsas Tingkatan 2 : Bahasa Melayu ini dikongsikan untuk memudahkan rujukan dan ulangkaji murid dan guru dalam subjek Bahasa Melayu.

Bahagian KOMSAS atau komponen sastera bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1999. Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat ketetaoan teks dan ujian mengenainya akan dilaksanakan dalam peperiksaan awam.

Pelaksanaan komponen sastera ini diperkembang secara berperingkat pada tahun 2000 kepada murid tingkatan 1 dan juga tingkatan 4. Kurikulum komsas untuk murid tingkatan 2 dan tingkatan 5 pada tahun 2000. Pada ahun 2002 pula, pembelajaran komsas dilaksana secara menyeluruh kepada murid tingkatan 1.

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Komponen sastera (KOMSAS) yang diserai masuk dalam kurikulum Bahasa Melayu berhasrat untuk membolehkan murid:

  1. Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera iaitu novel. cerpen. drama. prosa tradisional. puisi moden (sajak) dan puisi tradisional.
  2. Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiran mendengar dan bertutur. membaca dan menulis.
  3. Mengetahui dan menggunakan istilah sastera seperti tema dan persoalan. watak dan perwatakan. gaya bahasa. latar. plot. sudut pandangan. nilai dan pengajaran.
  4. Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti pengarang Sasterawan Negara dan penulis terkenal.
  5. Menghayati nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca.
  6. Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti menghasilkan novel. cerpen. sajak dan drama yang bermutu tinggi dan boleh dibanggakan.

Kesimpulannya pengajaran komponen sastera ini diharapkan dapat memberi peluang untuk murid menikmati dan mengapresiasi karya sastera, serta mengetahui ilmu sastera secara ringkas.

Murid juga dapat mengenali penulis dan sejarah perkembangan tanah air berdasarkan karya yang dibaca serta mengukuhkan kemahiran berbahasa murid. Melalui pembacaan karya-karya ini secara tidak langsung murid dapat memupuk tabiat minat membaca.

Versi 1Versi 2

Berkaitan Nota Komsas Tingkatan 2

Sekiranya guru-guru adalah calon SPM atau PT3, ketua panitia atau guru Bahasa Melayu yang mengajar lebih daripada satu aliran, boleh muat turun menggunakan pautan dalam jadual yang disediakan ini.

Koleksi Nota Komsas ini mungkin boleh membantu:

🍎Bahasa Melayu Tingkatan 1 : Nota Komsas
🍎Komsas Tingkatan 2: Nota Lengkap
🍎Nota Pdf Komsas Tingkatan 3
🍎Nota Komsas Tingkatan 4
🍎Komsas Tingkatan 5: Persediaan SPM

Tips belajar untuk subjek membaca

Tips ini dikongsikan sesuai untuk subjek yang memerlukan kita untuk membaca. Setiap hari, kita perlu baca satu bab daripada mana-mana subjek. Sebelum peperiksaan, sekurang-kurangnya bahagian tersebut kita dah baca 5 kali. Baru kita ingat!

Semasa nak mula belajar subjek yang perlu dibaca ni, pastikan kita berada di tempat yang tenang, barulah fakta fakta itu mudah diserap masuk ke minda.

Untuk menilai tahap ingatan kita, cuba jawab soalan latihan atau kuiz berkaitan bab yang dah kita ulang kaji tanpa rujuk buku. Lebih bagus jika kita baca dengan kuat, boleh bantu kita ingat dengan cepat!

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!