Tugas Guru Semasa Cuti Sekolah (Penggal Persekolahan)

Pelaksanaan tugas guru semasa cuti penggal persekolahan atau cuti sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menarik perhatian terhadap pelaksanaan peraturan seperti yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 1977: Tugas-Tugas Guru Dalam Cuti Penggal Persekolahan bertarikh 6 Julai 1977.

la memperuntukkan bahawa Pengetua/Guru Besar boleh mengarahkan guru untuk hadir bertugas semasa cuti penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi separuh dari cuti penggal sekolah dalam tahun persekolahan tersebut seperti:

  • mengawas peperiksaan,
  • berkursus
  • mesyuarat persediaan awal tahun persekolahan
Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Dalam hal tersebut, KPM masih lagi menerima rungutan dari guru-guru yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan peraturan-peraturan tersebut sehingga mendatangkan beberapa kesulitan kepada guru-guru berkenaan.

Pekeliling Tugas Guru Semasa Cuti

Pekeliling ini merujuk kepada cuti penggal persekolahan. Guru-guru boleh merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5 Tahun 1977: Tugas-Tugas Guru Dalam Cuti Penggal Persekolahan bertarikh 6 Julai 1977.

Berikut merupakan Surat Siaran KPM Bilangan 11/2017 peringatan semula mengenai surat pekeliling terdahulu:

Pengetua / Guru Besar tidak menimbulkan masalah

Sehubungan dengan itu, KPM ingin menegaskan bahawa selain tugasan yang telah ditetapkan di peringkat pusat seperti mengawas peperiksaan dan berkursus, semua pengetua/guru besar hendaklah merancang segala tugas guru di waktu cuti penggal sekolah dengan lebih awal supaya tugasan yang dirancang tersebut tidak menimbulkan masalah kepada guru-guru di bawah pentadbiran masing-masing.

Rancang tugasan dengan bijaksana

Selain itu, Pengetua/Guru Besar juga diminta menggunakan kebijaksanaan mereka dalam merancang tugasan tersebut supaya tidak menyulitkan pergerakan guru-guru berkenaan di samping mengambil kira kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan mereka semasa cuti penggal sekolah.

Artikel Berkaitan: Kalendar dan Takwim Cuti Persekolahan 2021

Rezeki bukan sekadar wang ringgit

Perlu juga ulang-ulang diingat bahawa rezeki Allah bukan hanya kekayaan atau wang ringgit, tetapi juga pengetahuan, kedamaian, anak-anak soleh solehah dan keluarga bahagia. Terdapat masa untuk muhasbah diri ketika diberi rehat, sama-sama kita kejar keberkatan dalam rezeki.

Kita boleh lihat dengan mata kasar dalam kehidupan seharian tanda-tanda keberkatan rezeki. Berikut merupakan beberapa tanda keberkatan rezeki:

  1. Iman kian kuat dan hati yang semakin dekat dengan Allah.
  2. Hati yang semakin rasa tenang dan tenteram.
  3. terdorong menjadi insan yang pemurah.
  4. Dijauhkan daripada bala Allah.
  5. Dapat membentuk keluarga yang harmoni.
  6. Melahirkan anak-anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.
  7. Sentiasa Qanaah; merasa cukup dan bersyukur dengan segala bentuk pemberian Allah.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!