Pendakwah selebriti ditahan lagi, dakwaan cabul penuntut kolej

Petaling Jaya: Pendakwah selebriti yang ditahan polis kes dakwaan merogol seorang gadis di Shah Alam pada minggu lalu, ditahan sekali lagi oleh sepasukan polis daerah ini atas dakwaan mencabul.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 22 tahun pada 3.51 petang semalam, mendakwa dicabul lelaki berusia 25 tahun yang juga pendakwah selebriti.

Katanya, Dalam kejadian kira-kira 1 pagi pada 17 Oktober lalu, penuntut kolej swasta itu dipelawa suspek ke rumahnya di Damansara Perdana, untuk mengajar mengenai pemasaran perniagaan.

“Semasa di rumah suspek, mangsa dicabul selain turut dipaksa melakukan seks oral.

“Berikutan kejadian itu mangsa mengalami trauma dan kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas laporan, beliau berkata, pihaknya menahan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek masih ditahan reman bersabit laporan kes rogol yang diterima Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam dan akan berakhir esok.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, pendakwah selebriti ditahan polis bagi membantu siasatan kes dakwaan merogol seorang gadis, tahun lalu.

Suspek ditahan kira-kira jam 11 malam pada 26 November selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Berdasarkan laporan mangsa yang berusia berusia 23 tahun, dia dipercayai keluar dengan suspek yang dikenali menerusi Instagram kira-kira 8 malam, 11 September tahun lalu.

Suspek pernah menyertai sebuah rancangan realiti keagamaan pada 2016 sebelum popular sebagai penyanyi dan pelakon.

Berita berkaitan:

Leave a Comment

error: Content is protected !!