Pengurusan Rehat Murid: Makan di Bulan Ramadhan

Pengurusan Rehat Murid di Bulan Ramadhan ini memaparkan beberapa cadangan model pengurusan makan waktu rehat sepanjang bulan Ramadan. Panduan ini melibatkan semua sekolah atau institusi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ramadan merupakan bulan puasa bagi umat Islam seluruh dunia. Puasa ialah menahan diri melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu bemula daripada terbit fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat.

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Model Pengurusan Rehat Murid di Bulan Ramadhan

Pengurusan Rehat Murid murid ini disusun dalam 3 model untuk rujukan guru-guru dan juga murid. Rujuk sekiranya terdapat murid Islam dan bukan Islam dalam sesebuah sekolah.

Pihak sekolah boleh mengaturkan urusan ini mengikut pertimbangan dan kesesuaian sekolah masing-masing. Namun, pihak sekolah perlu mengekalkan penjagaan SOP bagi memastikan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Model 1 : Makan di Bilik PdP Masing-Masing

  • Murid bukan beragama Islam yang majoriti akan makan dalam bilik PdP masing-masing.
  • Murid beragama Islam ditempatkan di bilik/tempat lain yang bersesuaian.
  • Kerusi dan meja tempat aktiviti hendaklah ditetapkan bagi setiap murid.
  • Murid beragama Islam kembali ke kelas masing-masing selepas waktu rehat.

Model 2 : Makan di Bilik / Tempat Lain

  • Bagi kelas yang mempunyai bilangan murid beragama Islam lebih ramai, murid bukan Islam akan makan di bilik/tempat lain yang bersesuaian.
  • Kerusi dan meka tempat makan murid bukan beragama Islam hendaklah ditetapkan bagi setiap murid.
  • Murid beragama Islam kekal semasa rehat di bilik PdP masing-masing.
  • Murid bukan beragama Islam kembali ke kelas masing-masing selepas waktu rahat.

Model 3 : Makan dalam Bilik PdP Secara berkelompok

  • Murid bukan beragama Islam makan dalam bilik PdP secara berkelompok berdasarkan kapasiti yang bersesuaian.
  • Murid bukan beragama Islam daripada sekurang-kurangnya dua (2) kelas akan dikelompokkan di satu bilik PdP yang ditetapkan.
  • Murid beragama Islam dari kelas yang dipilih sebagai tempat makan akan bertukar masuk ke kelas asal murid bukan beragama Islam tersebut.
  • Murid akan kembali ke kelas masing-masing selepas waktu rehat.
  • Kerusi dan meja ditetapan bagi setiap murid.

Adalah TIDAK DIBENARKAN MAKAN DI KANTIN.

Puasa Sunat Enam Hari dalam Bulan Syawal

Disunatkan berpuasa sebanyak enam hari dalam bulan Syawal sama ada dia berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan atau tidak atau langsung tidak berpuasa sepanjang Ramadhan. Dalilnya ialah hadith Nabi SAW.

Ertinya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, don diikuti dengan enam had dalam bulan Syawal maka dia seumparna berpuasa sepanjang tahun” (Riwayat Muslim)

Puasa enam hari dalam bulan Syawal boleh dilakukan berselang-seli tetapi sebaik-baiknya dilakukan secara berturutan selepas Hari Raya Pertama. lni kerana melewatkannya akan menimbulkan rasa malas, sedangkan bersegera melakukan ibadat adalah lebih afdal.

Kredit Gambar: SJK(C) CHOONG WEN K.L

Berkongsi sesuatu yang bermanfaat

Sebagai penutup kata, kami menjemput guru-guru, murid-murid dan ibu bapa untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan melalui aplikasi Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Sebarang sumbangan bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan boleh dimajukan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!