Peperiksaan Boleh Buka Buku

Pakar-pakar pendidikan menyokong sistem peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dirombak semula serta mengesyorkan agar kaedah open-book test iaitu membenarkan calon merujuk buku di dewan peperiksaan dipraktikkan untuk melatih pelajar berfikir dan bukan sekadar menghafal.

Tokoh Guru Kebangsaan 2018, Hamzah Othman berkata, beliau bersetuju dengan cadangan supaya sistem peperik-saan SPM dinilai semula kerana banyak perkara boleh ditambah baik.

“Cadangan mentransformasikan peperiksaan SPM dengan mengintegrasikan teknologi seperti peperiksaan dalam ben-tuk digital boleh memudahkan pelaksa-naan peperiksaan itu sendiri.

“Pada masa sama, kaedah open-book test bagi kertas tertentu khasnya subjek Sains seperti Fizik, Kimia dan Biologi boleh diperkenalkan juga,” katanya.

Menurut beliau, cadangan itu seiring penekanan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) terhadap soalan kemahiran berfikir aras tinggi atau KBAT.

“Kaedah open-book test sangat sesu-ai untuk dilaksanakan kerana is boleh melatih pelajar berfikir, mencari dan men-cadangkan penyelesaian masalah. “Ia kerana, realitinya dalam kehidupan dan di tempat kerja, kita boleh rujuk atau cari sumber dalam buku, Internet atau bertanya kawan yang berpengalaman.

“Hakikatnya, seseorang pegawai itu tidak perlu ingat semua perkara. Yang penting kepakaran merujuk buku dan menganalisis maldumat yang terkandung di dalamnya,” katanya. Hamzah turut memaklumkan, kaedah open-book test juga telah lama dipraktikkan dalam peperiksaan profesional seperti dalam bidang akaun dan guaman (perundangan).

Artikel Berkaitan:-

Justeru, katanya, ia secara tidak langsung akan meningkatkan lagi mutu pendidikan negara seiring dengan perkembangan semasa.

“Ia juga selari dengan usaha untuk melahirkan pemimpin masa depan yang kritis dengan dipandu nilai murni atau akhlak mengikut ajaran setiap agama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kecemerlangan dan Kesarjanaan Akademik, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Profesor Dr Faaizah Shahbodin berkata, rombakan sistem peperiksaan SPM seiring normal baharu kehidupan ketika ini ekoran pandemik Covid-19.

Menurutnya, pendigitalan sistem peperiksaan SPM juga tidak sukar dilaksanakan kera-na teknologinya telah ada dan ketika ini juga terdapat universiti atau insti-tusi pengajian ting-gi (IPT) termasuk UTeM telah mem-buat penilaian seca-ra dalam talian.

“Teknologi yang ada sekarang seme-mangnya sudah bersedia untuk menyo-kong proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian malahan di universiti terten-tu, kaedah pemarkahan juga dibuat secara digital.

“Bagaimanapun, kajian mendalam mengenai rombakan sistem ini juga perlu dilakukan dengan melibatkan semua pihak Untuk pelaksanaan peperiksaan SPM secara dalam talian juga, kajian dari segi keselamatan perlu dilakukan,” katanya.

Mengulas lanjut tentang ciri kesela-matan itu, beliau berkata, is perlu diberi perhatian bagi memastikan tiada ruang untuk penipuan dilakukan ketika peperiksaan. “Sekarang sudah ada teknologi yang boleh mengesan seseorang itu mendaftar masuk (log in) dalam sistem dan waktu seseorang itu hantar sesuatu dokumen.

“Jadi untuk tujuan peperiksaan kita sudah ada platform itu yang boleh digunakan nanti,” katanya.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Kredit: Sinar harian

Leave a Comment

error: Content is protected !!