Bantuan Khas Anak Istimewa Anis 2021 : Syarat dan Permohonan

Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa ANIS 2021 merupakan bantuan yang diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). Belanjawan negeri Selangor 2021 mesra OKU dengan adanya Bantuan Khas ANIS, Didik ANIS, Cikgu ANIS dan Kelas ANIS.

Golongan yang layak memohon Bantuan Khas untuk Kanak-kanak Khas (ANIS) dipelawa untuk memohon. Bantuan ini sah untuk penduduk di Selangor untuk subsidi one-off sehingga RM5,000 setahun untuk sebuah keluarga.

Terbuka kepada pemohon yang mempunyai anak kurang upaya. Bantuan ini diharap dapat digunakan dalam situasi kecemasan atau mengurangkan perbelanjaan hidup, pemulihan dan pendidikan yang ditanggung oleh ibu bapa / penjaga.

Syarat Bantuan Khas Anak Istimewa ANiS

Sekiranya anda mempunyai anak istimewa, boleh semak syarat-syarat kelayakan lain dan maklumat permohonan bantuan ANIS berikut:

  •  Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor ATAU bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)
  •  Ibu /bapa/ penjaga salah seorang Pengundi Selangor
  •  Dihadkan kepada anak OKU berumur 18 tahun ke bawah
  •  Mempunyai Kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU)
  •  Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973

Cara Mohon Bantuan Khas Anak Istimewa ANiS

  • Pemohon boleh memohon secara atas talian.
  • Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar bersama dengan dokumen yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.
  • Permohonan beserta dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses
  • Permohonan boleh dihantar kepada :
    •    i. Emel [email protected]
    •    ii. Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran
    •    iii. Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor

Senarai Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon (Salinan).
  • Kad pengenalan pasangan (Salinan).
  • Sijil Daftar / Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU (Salinan).
  • Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika berkenaan).
  • Kad pengenalan anak istimewa (Salinan).
  • Salinan Kad OKU dari JKM atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak. (Jika tiada kad OKU)
  • Cop pengesahan mastautin yang disahkan bagi ibu/bapa/penjaga yang bukan kelahiran selangor
  • Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
  • Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)
  • Salinan Semakan daftar Pemilih SPR https://pengundi.spr.gov.my

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!