Rekod Tasmik 2021 : Muat Turun Bahan Tasmik Al Quran

Perkongsian Rekod Tasmik 2021 ini dikongsikan oleh Ustazah Nurul Haiza. Diharapkan dapat membantu guru-guru agama menguruskan data murid dengan lebih tersusun. Admin kumpulkan bahan-bahan yang berkaitan untuk dijadikan rujukan.

Apa makna Tasmik?

Tasmik Khatam al-Quran ialah satu program membimbing dan merekod perkembangan bacaan al-Quran murid secara individu berdasarkan program yang diaturkan bagi membolehkan murid khatam al-Quran semasa berada di Sekolah Kebangsaan.

Berkenaan tasmik dalam jadual waktu

Aktiviti tasmik dilaksanakan di luar jadual waktu sekolah. Objektif Model Tasmik ialah murid dapat membaca al-Quran dengan bertajwid dan dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk. Kumpulan sasarannya adalah semua murid yang beragama Islam tahun satu hingga tahun 6 sekolah rendah.

Strategi pelaksanaan tasmik

Strategi Pelaksanaan Model Tasmik adalah semua murid hendaklah menggunakan al-Quran rasm Uthmani yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Setiap murid perlu mempunyai guru tasmik yang dilantik oleh pihak sekolah.

Guru tasmik terdiri daripada Guru j-QAF. Pihak sekolah boleh melantik guru Pendidikan Islam dan guru akademik yang berkebolehan al-Quran untuk terlibat dalam program ini. Murid yang telah khatam al-Quran boleh jadi pembantu kepada guru pembimbing.

Bimbing dan rekod bacaan semasa tasmik

Guru tasmik hendaklah membimbing bacaan dan merekod bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan setiap kali ditasmik. Murid yang masih tidak dapat membaca al -Quran perlu dibimbing secara berterusan menggunakan kaedah dan aktiviti yang sesuai seperti Kem Literasi Al-Quran, kelas tambahan dan sebagainya oleh guru j-QAF dan Guru Pendidikan Islam.

Setiap murid mesti memiliki Buku Rekod Bacaan al-Quran yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru j-QAF hendaklah menilai dan mengesahkan pencapaian murid sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam Buku Rekod bacaan.

Guru j-QAF hendaklah memastikan murid-murid mendapat bimbingan dari guru pembimbing sebelum penilaian dilaksanakan. Murid-murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa terikat dengan agihan juzuk yang dicadangkan.

Dapatkan Contoh Rekod Bacaan Tasmik

Admin insha-Allah akan mengumpulkan bahan-bahan majlis atau program yang berlangsung di sekolah. Koleksi bahan ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk tahun ini atau rujukan tahun-tahun akan datang.

Sekiranya guru yang ingin berkongsi bahan untuk manfaat bersama, sila hubungi admin @tchercollection dengan segera melalui emel atau Telegram.

BilKredit PerkongsianMuat Turun
1.Cover Rekod Tasmik Ustazah Nurul Haiza📥
2.Rekod Tasmik 2021 – Ustazah Nurul Haiza📥
3.Contoh Borang Rekod Tasmik 1📥
4.Contoh Borang Rekod Tasmik 2📥

Galakkan murid membaca Al-Quran setiap hari

Bagi melaksanakan agihan yang dicadangkan, murid digalakkan membaca al-Quran setiap hari supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada kualiti bacaan. Ini penting terutama bagi murid yang belum menguasai bacaan.

  • Murid boleh membaca dan tasmik bacaan al-Quran pada masa-masa yang sesuai (luar jadual waktu) seperti: Waktu pagi bagi sekolah sesi petang.
  • Waktu petang bagi sekolah sesi pagi.
  • Waktu ko-kurikulum.

Guru Tasmik bertanggungjawab membimbing murid sehingga khatam al-Quran, mencatat setiap kali bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan, mengenal pasti kelemahan dan membuat pemulihan dan mengambil langkah-langkah menyelesaikan masalah yang timbul.

Secara keseluruhannya pelaksanaan model tasmik memerlukan kerjasama daripada semua pihak terutamanya guru pembimbing untuk memastikan program ini berjaya dengan cemerlang.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Rujukan: Mohd Izzuddin Mohd Pisol, Azmil Hashim & Kamarulzaman Abd. Ghani.

Leave a Comment

error: Content is protected !!