Semakan Penyata KWSP Online : i-Akaun

Semakan penyata KWSP online ini ditulis berdasarkan pertanyaan mengenainya beberapa hari yang lepas. Pastinya guru-guru atau mana-mana pekerja di mana-mana sektor memerlukan maklumat ini untuk membuat semakan akaun masing-masing.

Sebagai pensarum KWSP, anda pastinya telah mengetahui sistem i-Akaun, yang banyak digunakan oleh pekerja dan majikan.

i-akaun membolehkan pencarum memeriksa baki akaun 1 dan 2 KWSP yang terkini. Pada masa ini, apara pencarum boleh membuat pengeluaran akaun 2 secara bulanan sebanyak RM500 melalui i-Lestari. Pengeluaran ini boleh dimohon di KWSP mulai 1 April 2020.

Di samping itu, melalui sistem semakan penyata KWSP, pencarum juga boleh membuat permohonan pengeluaran KWSP melalui e-Pengeluaran.

Daftar i-Akaun : Semak Penyata KWSP Online

Sebelum menyemak penyata KWSP secara online, pencarum perlu mendaftar i-Akaun di  mana-mana kios KWSP untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS. 

Semua pencarum yang mempunyai nombor KWSP boleh dan layak mendaftar untuk sistem i-Akaun. Perkhidmatan yang disediakan melalui i-Akaun merangkumi:

  1. Permohonan e-Pengeluaran
  2. Mendapatkan Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  3. Semakan status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  4. Semakan maklumat penamaan
  5. Kiraan anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  6. Pengemaskinian profil termasuk alamat surat-menyurat
  7. Semakan transaksi caruman KWSP terkini
  8. Semakan log aktiviti i-Akaun

Terlupa Kata Laluan i-Akaun

Sekiranya anda terlupa akan kata laluan i-Akaun, ikuti langkah-langkah yang berikut:

  1. Layari portal rasmi kwsp.gov.my
  2. Pilih “Log Masuk” dan klik i-Akaun
  3. Klik Lupa ID Pengguna / Kata Laluan
  4. Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor KWSP
  5. Klik Permintaan TAC untuk dapatkan nombor TAC
  6. Masukkan nombor TAC yang diterima tadi
  7. Cipta kata laluan baru contoh abcd1234
  8. Isikan Pengesahan Kata Laluan dan klik Hantar

Cara Semakan Penyata KWSP Online

Setelah mengaktifkan akaun anda, anda boleh log masuk ke sistem i-Akaun untuk menyemak penyata KWSP anda secara dalam talian.

Layari Laman Web Rasmi KWSP dalam tempoh 30 hari dari pendaftaran di Kiosk. Kemudian, masukkan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima untuk mengaktifkan i-Akaun.

  • Isi ID pengguna dan kata laluan sementara yang anda terima.
  • Klik Log masuk. Setelah berjaya log masuk, sila buat kata laluan dan pilih imej online.
  • Kemudian, jangan lupa memilih frasa rahsia.

Untuk melihat laporan atau Penyata KWSP, sila masuk ke sistem i-Akaun sekali lagi, dan kemudian klik “Penyata Tahunan Semasa / Tahun Sebelumnya“. Cetak penyata ini sebagai rujukan.

Semakan Penyata KWSP Online Terkini

Berkongsi sesuatu yang bermanfaat

Sebagai penutup kata, kami menjemput guru-guru, murid-murid dan ibu bapa untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan melalui aplikasi Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Sebarang sumbangan bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan boleh dimajukan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!