Silibus Sains Tingkatan 5 KSSM : Terkini 2021

Silibus Sains Tingkatan 5 KSSM : Terkini 2021 ini merupakan perkongsian Cikgu Hailmi untuk kegunaan murid-murid yang akan menghadapi SPM di Tingkatan 5 pada tahun ini. sukan pelajaran atau senarai tajuk yang akan dipelajari ini diharapkan dapat membantu calon-calon SPM.

Matlamat KSSM Sains adalah untuk meningkatkan minat dan membangunkan kreativiti pelajar. Pengetahuan saintifik dan teknologi, sikap saintifik dan nilai murni membolehkan mereka menyelesaikan masalah.

Selain itu, dapatan kurikulum ini akan mendorong murid membuat keputusan dalam kehidupan seharian. Murid akan dipersiapkan untuk melanjutkan pelajaran Sains dan teknologi.

Melalui pelaksanaan silibus Sains Tingkatan 5, diharapkan murid dapat kuasai kemahiran proses sains (KPS) dengan baik untuk terus cemerlang. KPS yang dimaksudkan ialah:

  1. Membat pemerhatian
  2. Mengelaskan
  3. Mengukur menggunakan nombor
  4. Membuat inferens
  5. Meramalkan
  6. Berkomunikasi dengan graf
  7. Menyatakan hubungan ruang masa
  8. Mentafsir data
  9. Membuat definisi secara operasi
  10. Mengawal pemboleh ubah
  11. Membuat hipotesis

Silibus Sains Tingkatan 5 KSSM

Nota ulangkaji yang disediakan ini merupakan ringkasan kandungan pembelajaran yang dikongsi menggunakan dalam format PDF dan PPT. Guru-guru dan murid-murid dapat menggunakan bahan ini sebagai bahan ulangkaji.

TEMA 1: PENYENGGARAAN DAN KESINAMBUNGAN HIDUP

BAB 1: MIKROORGANISMA

  • 1.1 Dunia mikroorganisma
  • 1.1.1 Berkomunikasi mengenai mikroorganisma
  • 1.1.2 Menjalankan eksperimen bagi menunjukkan kewujudan mikroorganisma
  • 1.1.3 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempenagruhi pertumbuhan mikroorganisma
  • 1.2 Mikroorganisma berfaedah
  • 1.2.1 Mewajarkan aplikasi mikroorganisma berfaedah dalam kehidupan
  • 1.2.2 Menjana idea potensi kegunaan mikroorganisma dalam bioteknologi dan kelestarian alam sekitar
  • 1.3 Pencegahan dan rawatan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma
  • 1.3.1 Menjelaskan konsep mencegah lebih baik daripada merawat penyakit yang dibawa oleh mikroorganisma
  • 1.3.2 Menerangkan teknik aseptik dalam pengawalan penyebaran mikroorganisma
  • 1.3.3 Menjalankan eksperimen mengkaji kesan antibiotik terhadap pertumbuhan bakteria
  • 1.3.4 Berkomunikasi tentang kaedah rawatan penyakit berjangkit

BAB 2: NUTRISI DAN TEKNOLOGI MAKANAN

  • 2.1 Gizi seimbang dan nilai kalori
  • 2.1.1 Memerihalkan gizi seimbang
  • 2.1.2 Menjalankan eksperimen untuk menganggarkan nilai kalori dalam sampel makanan
  • 2.1.3 Mewajarkan kesan pengambilan jumlah kalori yang tidak menepati keperluan individu
  • 2.2 Keperluan nutrien oleh tumbuhan
  • 2.2.1 Menjelaskan dengan contoh fungsi makronutrien dan mikronutrien kepada tumbuhan
  • 2.2.2 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan kekurangan makronutrien kepada tumbuhan
  • 2.3 Kitar Nitrogen
  • 2.3.1 Berkomunikasi mengenai Kitar Nitrogen dan kepentingannya
  • 2.4 Teknologi pengeluaran makanan
  • 2.4.1 Berkomunikasi mengenai cara meningkatkan sumber, kualiti makanan dan kuantiti pengeluaran makanan
  • 2.4.2 Menilai penggunaan racun serangga dan kawalan biologi dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan
  • 2.5 Teknologi pemprosesan makanan
  • 2.5.1 Berkomunikasi mengenai teknologi pemprosesan makanan
  • 2.6 Makanan kesihatan dan suplemen kesihatan
  • 2.6.1 Berkomunikasi mengenai isu berkaitan makanan kesihatan dan suplemen kesihatan
  • 2.6.2 Berkomunikasi mengenai isu berkaitan Status Halal makanan

BAB 3: KELESTARIAN ALAM SEKITAR

  • 3.1 Kitaran hayat produk
  • 3.1.1 Menjelaskan maksud jejak karbon
  • 3.1.2 Mencerakinkan produk yang digunakan dalam satu hari kehidupan seorang individu
  • 3.1.3 Mewajarkan tindakan yang perlu diambil iaitu langkah tapak tangan karbon (carbon handprint) bagi mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dalam satu hari kehidupan individu
  • 3.1.4 Berkomunikasi mengenai kitar hayat satu produk
  • 3.1.5 Menjana idea pengurusan yang cekap bagi sisa plastik ke arah kelestarian alam sekitar
  • 3.2 Pencemaran alam sekitar
  • 3.2.1 Menerangkan jenis dan punca pencemaran alam sekitar
  • 3.2.2 Mengkaji tahap pencemaran air daripada sisa domestik
  • 3.2.3 Mereka cipta kaedah pembersiahan air yang tercemar menggunakan teknologi hijau
  • 3.3 Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
  • 3.3.1 Menjustifikasi peranan setiap individu dalam mengurus sumber semula jadi untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar
  • 3.3.2 Membahaskan peranan Pertubuhan Bangsa=Bangsa Bersatu (PBB) dalam menangani isu alam sekitar pada peringkat global

TEMA 2: PENEROKAAN UNSUR DALAM ALAM

BAB 4: KADAR TINDAK BALAS

  • 4.1 Pengenalan kadar tindak balas
  • 4.1.1 Menjelaskan melalui contoh tindak balas cepat dan tindak balas perlahan dalam kehidupan harian
  • 4.1.2 Mentakrif kadar tindak balas
  • 4.1.3 Menentukan kadar tindak balas
  • 4.2 Faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas
  • 4.2.1 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kadar tindak balas
  • 4.3 Aplikasi konsep kadar tindak balas
  • 4.3.1 Berkomunikasi mengenai aplikasi kadar tindak balas dalam kehidupan harian dan industri

BAB 5: SEBATIAN KARBON

  • 5.1 Pengenalan sebatian karbon
  • 5.1.1 Mengenal pasti sebatian karbon dalam alam
  • 5.1.2 Menjelaskan kepentingan Kitar Karbon
  • 5.2 Hidrokarbon
  • 5.2.1 Memerihalkan sebatian hidrokarbon dan menerangkan bagaimana sebatian hidrokarbon diperoleh daripada sumber semula jadi
  • 5.2.2 Menamakan kumpulan homolog alkana dan alkena dari karbon 1 hingga karbon 6
  • 5.2.3 Berkomunikasi tentang sumber tenaga alternatif dan tenaga boleh baharu dalam kehidupan harian
  • 5.3 Alkohol
  • 5.3.1 Memerihal proses penyediaan alkohol
  • 5.3.2 Mengenal pasti sifat ifizk dan sifat kimia alkohol
  • 5.3.3 Berkomunikasi tentang kegunaan alkohol dalam kehidupan harian
  • 5.3.4 Berkomunikasi tentang kesan pengambilan alkohol secara berlebihan
  • 5.4 Lemak
  • 5.4.1 Menyatakan kandungan lemak serta sumbernya
  • 5.4.2 Membanding beza antara lemak tepu dan lemak tak tepu
  • 5.4.3 Menjelaskan dengan contoh kesan pengambilan makanan yang mengandungi lemak berlebihan terhadap kesihatan
  • 5.5 Minyak sawit
  • 5.5.1 Memerihalkan struktur buah kelapa sawit
  • 5.5.2 Mengenal pasti aspek kuantiti minyak daripada sabut dan isirung
  • 5.5.3 Menerangkan urutan proses pengekstrakan minyak sawit secara industri
  •          Eksperimen ekstrak minyak kelapa sawit dalam makmal
  • 5.5.4 Memerihalkan komponen dalam minyak sawit
  • 5.5.5 Membanding dan membezakan komposisi minyak sawit dengan minyak sayuran lain
  • 5.5.6 Menyatakan sifat kimia bagi minyak sawit
  • 5.5.7 Menerangkan proses pengemulsian bagi minyak sawit
  • 5.5.8 Menyenaraikan kandungan nutrisi dalam minyak sawir
  • 5.5.9 Mewajarkan penggunaan minyak sawit dalam bidang penjagaan kesihatan dan makanan
  • 5.5.10 Menjalankan eksperimen menghasilkan sabun melalui proses saponifikasi
  • 5.5.11 Berkomunikasi mengenai tindakan pencucian sabun
  • 5.5.12 Menjana idea pengurusan yang lestari dan kepentingannya dalam industri kelapa sawit

BAB 6: ELEKTROKIMIA

  • 6.1 Sel elektrokimia
  • 6.1.1 Memahami elektrolisis
  • 6.1.2 Menjalankan eksperimen untuk mengkaji proses elektrolisis bagi sebatian ion dalam pelbagai keadaan
  • 6.1.3 Menjalankan eksperimen bagi mengkaji faktor yang mempengaruhi hasil elektrolisis
  • 6.1.4 Berkomunikasi mengenai aplikasi elektrolisis dalam industri
  • 6.2 Sel kimia
  • 6.2.1 Menerangkan perubahan tenaga dalam sel kimia ringkas
  • 6.2.2 Menjana idea tentang aplikasi konsep sel kimia dalam menghasilkan tenaga elektrik daripada pelbagai sumber

TEMA 3: TENAGA DAN KELESTARIAN HIDUP

BAB 7: CAHAYA DAN OPTIK

  • 7.1 Pembentukan imej oleh kanta
  • 7.1.1 Memerihalkan kanta cembung sebagai kanta penumpu dan kanta cekung sebagai kanta pencapah
  • 7.1.2 Menentukan panjang fokus bagi suatu kanta cembung menggunakan objek jauh
  • 7.1.3 Menentukan ciri imej melalui gambarajah sinar untuk imej yang dibentuk oleh kanta cembung dan kanta cekung
  • 7.2 Peralatan optik
  • 7.2.1 Memerihalkan pembentukan imej akhir oleh teleskop dan mikroskop
  • 7.2.2 Mereka bentuk dan membina teleskop ringkas
  • 7.2.3 Berkomunikasi tentang aplikasi kanta dalam peralatan optik

BAB 8: DAYA DAN TEKANAN

  • 8.1 Tekanan dalam bendalir
  • 8.1.1 Menjelaskan konsep tekanan dalam bendalir dalam suatu sistem yang tertutup
  • 8.1.2 Berkomunikasi mengenai aplikasi prinisp Pascal dalam kehidupan harian
  • 8.1.3 Menjelaskan perkaitan halaju bendalir dengan tekanan
  • 8.1.4 Berkomunikasi mengenai aplikasi Prinsip Bernoulli dalam kehidupan harian
  • 8.1.5 Mereka bentuk alat menggunakan prinsip tekanan dalam bendalir

TEMA 4: PENEROKAAN BUMI DAN ANGKASA LEPAS

BAB 9: TEKNOLOGI ANGKASA LEPAS

  • 9.1 Satelit
  • 9.1.1 Menerangkan jenis-jenis orbit satelit
  • 9.1.2 Menjelaskan dengan menggunakan gambar rajah kedudukan apogi (apogee) dan perigi (perigee) satu satelit dalam orbit elips
  • 9.1.3 Membuat perkaitan hubungan antara ketinggian orbit dengan halaju satelit
  • 9.1.4 Menerangkan bagaimana satelit dilancarkan dan ditempatkan dalam orbit
  • 9.1.5 Menerangkan fungsi stesen angkasa
  • 9.1.6 Berkomunikasi mengenai kaedah menjejaki stesen angkasa
  • 9.1.7 Menghuraikan kesan perkembangan pesat dalam teknologi angkasa lepas
  • 9.2 Sistem penentu sejagat (GPS)
  • 9.2.1 Menjelaskan tentang Sistem Penentu Sejagat (Global Positioning System, GPS)
  • 9.2.2 Mengaplikasikan sistem koordinat GPS untuk tujuan navigasi

Koleksi Nota Ulangkaji Tingkatan 5

Insha-Allah, selain silibus Sains Tingkatan 5 KSSM, admin akan kumpulkan koleksi nota ulangkaji untuk kegunaan murid-murid tingkatan 5 di sini. Sekiranya ada guru ingin berkongsi, mohon hubungi admin di telegram @tchercollection.

Guru Sains seluruh negara telah berkongsi memberikan pelbagai kemahiran, teknik dan kaedah terbaik, yang memerlukan kerja keras dan doa murid-murid untuk menjadikan peperiksaan lebih mudah.

Calon-calon SPM perlu menjaga adab dan hubungan baik dengan guru, ibu bapa, dan sahabat. Ini adalah kunci utama untuk mendapat keberkatan ilmu dunia akhirat.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!