SPM Bakal Dirombak, Perlu Jalani Transformasi

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mengesahkan telah memulakan langkah untuk melakukan transformasi terhadap sistem dan pensijilan Sijil Pelajaran Ma-laysia (SPM) yang kini berusia kira-kira 57 tahun.

Pengarah Peperiksaan LPM, Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, perbincangan di peringkat lembaga dan kementerian sedang dibuat dalam usaha memastikan sistem peperiksaan SPM bersesuaian dengan perkembangan zaman khususnya teknologi maklumat yang begitu pantas.

“Pemikiran ke arah penambahbaikan sistem pentaksiran sedang dibuat berda-sarkan perkembangan semasa dan trend pentaksiran masa kini,” katanya kepada Sinar Ahad.

Wajab Baharu SPM 2021

Menurutnya, kajian dan penglibatan pihak-pihak berkepentingan termasuk pakar-pakar perlu diadakan sebelum se-barang keputusan dibuat. “Ini bagi memastikan kita mendapat input sebelum perkara ini diumumkan. “Pensijilan SPM adalah berkait de-ngan pengiktirafan di peringkat antara-bangsa.

“Justeru, sebarang perubahan perlu berlaku secara teratur dengan mengambil kira pengiktirafan sijil kita (SPM) di peringkat antarabangsa,” katanya.

Artikel Berkaitan:-

Mengulas lanjut, Pkharuddin berkata, pentaksiran sememangnya mempunyai banyak kaedah berdasarkan mata pela-jaran tertentu. “Jadi kita sedang teliti dan fikirkan kaedah yang sesuai dan ia memerlukan sedikit masa.

“Malah, LPM turut melihat kemudah-an teknologi yang boleh ditambah baik dan itu juga menjadi pertimbangan kita dalam perbincangan itu nanti,” katanya. Dalam pada itu, Pkharuddin berkata, LPM mengambil maidum pandangan pelbagai pihak yang mahukan transformasi dilakukan terhadap SPM.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Sumber: Sinar Harian

Leave a Comment

error: Content is protected !!