TextBook Moe dan Aplikasi KPM eTextBook memudahkan PdPR

TextBook Moe dan Aplikasi KPM eTextBook kali ini dibangunkan untuk memudahkan dan menyokong pembelajaran anak-anak di rumah. – textbook.moe.gov.my

Admin merujuk kepada laporan BERNAMA, yang dipaparkan melalui Berita Harian. Kementerian Pendidikan (KPM) telah kerjasama Perbadanan Kota Buku (PKB). Melalui usahasama ini aplikasi ‘KPM eTextbook Reader‘ telah dibangunkan bagi memudahkan murid mendapatkan buku teks sekolah secara digital.

Menurut KPM, aplikasi itu akan menyediakan akses buku teks sekolah secara digital kepada murid yang akan memulakan sesi persekolahan. Lebih-lebih memerlukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula hari ini sehingga 26 Jan.

Akses menggunakan tablet dan telefon pintar

aplikasi itu membolehkan murid mengakses buku teks digital menggunakan telefon pintar dan tablet pada bila-bila masa. Akses ini juga tidak terhad, boleh dicapai di luar sekolah serta kediaman untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Apa yang mengujakan, aplikasi ini tidak memerlukan capaian internet selepas dimuat turun. Aplikasi KPM eTextBook Reader ini juga boleh menjadi penyelesai masalah kepada beg sekolah berat serta mengurangkan kos mencetak buku teks.

Aplikasi TextBook Moe lebih ringan dan serasi

KPM eTextbook Reader membantu murid memuat turun buku teks digital melalui penyediaan piawaian fail EPUB. Kaedah ini membolehkan format fail standard terbuka untuk buku digital yang lebih ringan dan serasi dengan peranti mudah alih.

Menurut KPM, aplikasi ini boleh didapati secara percuma melalui laman www.textbook.moe.gov.my. Guru-guru atau murid juga boleh memuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store dengan carian KPM eTextbook Reader.

Sumber: Berita Harian

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!