TS25 Modul 7 : Digital Tools & Resources

TS25 Modul 7 : Digital Tools & Resources memacu kemenjadian murid melalui kapasiti pedagogi untuk pembelajaran bermakna.

Perhatikan perkembangan guru, kerana ini adalah program yang dijalankan secara berterusan. Kepimpinan di sekolah, perlu memastikan program pembelajaran profesional guru sebagai usaha berterusan ke arah kerja yang lebih berkesan dalam menyokong pembelajaran pelajar dan dari semasa ke semasa.

Latar belakang program TS25

Program Transformasi Sekolah 2025 pada asasnya merupakan satu perubahan kepada minda dan budaya amalan di sekolah.

Pemimpin sekolah sebagai pengurus perubahan memainkan peranan penting untuk mempermudahkan perjalanan warga sekolah ke arah cara kerja baharu.

TS25 merupakan satu usaha melahirkan modal insan unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna.

Pelaksanaan program ini disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan dan guru yang kompeten, beraspirasi tinggi serta komitmen yang padu.

Objektif pelaksanaan TS25 Modul 7

  • 1. Mengenal pasti model pembelajaran bermakna sebagai asas keberhasilan dan kemenjadian murid.
  • 2. Mengenal pasti elemen-elemen kapasiti pedagogi untuk pembelajaran bermakna berasaskan persekitaran sekolah.
  • 3. Menggunakan model kapasiti pedagogi untuk pembelajaran bermakna bagi mengoptimumkan kemudahan resos dan
  • alatan digital.
  • 4. Memantapkan peranan pemimpin menyediakan iklim sekolah yang menyokong pembinaan kapasiti pedagogi untuk pembelajaran bermakna.

Kandungan TS25 : Modul 7

Modul ini terdiri daripada tujuh sub modul. Sila klik pada sub modul di atas untuk akses kepada bahan dan maklumat lanjut berkaitan Modul 7:

Koleksi slaid TS25 modul lengkap

MODUL 1
Coaching dan Pementoran
MODUL 5
Penilaian dan Refleksi
MODUL 2
Menerajui Kepimpinan
MODUL 6
Kefahaman Melalui Rekabentuk
MODUL 3
Menerajui Pembelajaran
MODUL 7
Digital Tools & Resources
MODUL 4
Persekitaran Pembelajaran Bermakna
MODUL 8
Redesigning SLE

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!