Tuisyen Cikgu Saarani : Peluang Pembelajaran Percuma

Program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) telah dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Perak, yang akan memberi manfaat kepada hampir 200,000 murid di seluruh negeri, terutamanya murid-murid dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah (B40).

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad yang juga sebelum ini merupakan seorang pendidik, mengatakan bahawa matlamat utama program ini adalah untuk membantu murid-murid. Bantuan ini difokuskan kepada calon peperiksaan utama, termasuklah 40,642 calon SPM 2020 yang ditunda tarikh peperiksaannya ke tahun ini.

Program ini tidak tertumpu kepada calon SPM sahaja, faedah bantuan tuisyen tambahan ini juga akan diberikan kepada beberapa pelajar lain. Sila ikuti bahagian di bawah ini untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai rancangan tuisyen Cikgu Saarani.

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

“Melalui program ini, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak akan menyediakan guru dan tenaga pengajar yang memberikan tuisyen atau kelas tambahan bagi subjek-subjek kritikal iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah.”

Murid Calon Peperiksaan Utama 2021

Program ini bakal memberi manfaat secara langsung kepada murid-murid berikut:

  • 37,894 pelajar yang menduduki peperiksaan utama pada 2021
  • 40,642 calon SPM • 30,320 pelajar Tingkatan 4
  • 31,761 pelajar Tingkatan 1
  • 31,742 murid Tahun Satu

Subjek-Subjek Tuisyen Cikgu Saarani

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak akan menyediakan guru dan tenaga pengajar yang memberikan tuisyen atau kelas tambahan bagi subjek-subjek kritikal iaitu:

  • Bahasa Malaysia,
  • Bahasa Inggeris,
  • Matematik
  • Sejarah

Kerajaan negeri turut menyediakan peruntukan RM2.7 juta bagi bantuan khas makanan kepada 35,639 calon SPM yang menghadiri sesi persekolahan harian dan kelas tambahan di sekolah sebagai persiapan akhir menjelang peperiksaan buat permulaan.

Program ini bakal merangkumi inisiatif dan bantuan khusus iaitu:

  • i) Tuisyen dan kelas tambahan
  • ii) Bantuan khas makanan
  • iii) Program latih tubi menjelang peperiksaan
  • iv) Seminar menjawab soalan peperiksaan
  • v) Penyediaan bahan pengajaran berasaskan video interaktif
Menteri Besar, Dato Saarani Mohamad menyampaikan moque cheque berjumlah RM2.71 juta kepada Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Dr Mohd Suhaimi Mohamad Ali sambil disaksikan Exco Kerajaan Negeri Perak, YB Saidi Mohamad Daud sempena pelancaran program Tuisyen Cikgu Saarani di SUK, Ipoh Perak.
Menteri Besar, Dato Saarani Mohamad menyampaikan moque cheque berjumlah RM2.71 juta kepada Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Dr Mohd Suhaimi Mohamad Ali sambil disaksikan Exco Kerajaan Negeri Perak, YB Saidi Mohamad Daud sempena pelancaran program Tuisyen Cikgu Saarani di SUK, Ipoh Perak.

Calon SPM berkenaan akan diberikan makanan tengah hari secara harian selama 15 hari. Tempoh ini adalah sehingga mereka menduduki peperiksaan yang dijadualkan bermula pada 22 Feb ini.

Hasil perbincangan bersama: termasuk exco kerajaan negeri, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta JPN Perak, program itu akan melibatkan:

  • 224 sekolah
  • 488 guru

Program ini dilaksanakan dalam usaha membasmi kemiskinan menerusi pendidikan yang turut terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS)

Senarai Bantuan :-

🍎Permohonan Telefon Pintar Percuma YTL Faundation
🍎Sumbangan Tablet Kepada Pelajar Miskin
🍎Permohonan Tablet Percuma : ETuisyen
🍎Bantuan Tuisyen Percuma Cikgu Saarani
🍎Permohonan bantuan insurans Perkeso 2021

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!