Uniform Pengakap Sekolah Rendah : Panduan dan Tatacara Pemakaian

Panduan dan tatacara pemakaian Uniform Pengakap sekolah rendah ini diharapkan dapat membantu ibu bapa membuat pemilihan yang tepat mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Pengakap Malaysia.

Maklumat dari sumber dipercayai, Unit Pembangunan Bakat Murid JPN, Johor. Panduan ini adalah untuk memudahkan guru dan murid memahami prosedur pemakaian pakaian seragam pengakap dengan betul mengikut garis panduan yang tepat.

Keunikan Pengakap yang telah mejadi kekuatannya adalah, ia menerima anggota dari semua lapisan masyarakat. Selama mana seseorang itu menerima prinsip-prinsip yang terkandung dalam Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap, mereka akan diterima menyertai.

Keahlian sejagat ini mendorong perpaduan antara ahli tanpa mengira bangsa, budaya, dan agama. Keahlian pengakap juga tidak dibatasi oleh faktor usia.

Sebenarnya, seseorang boleh menjadi Pengakap sehingga akhir hayatnya. Jadi, ungkapan “Once a scoutalways a scout” amat sinonim dengan pergerakan ini.

Unit-Unit Pengakap di Malaysia

Terdapat beberapa jenis pengakap di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia. Berikut adalah jenis-jenis pengakap iaitu:-

Unit Pengakap Lebah

  • Bagi pengakap lebah, ahli terdiri daripada murid-murid tadika atau prasekolah di dalam lingkungan umur 4-6 tahun.

Unit Pengakap Kanak-kanak

  • Untuk pengakap kanak-kanak pula, keahlian murid terdiri dari umur 9 hingga 12 tahun iaitu Tahun 3 hingga Tahun 6 di peringkat sekolah rendah.

Unit Pengakap Muda

  • Bagi peringkat sekolah menengah pula, keahlian untuk pengakap muda adalah pelajar berumur dari 13 hingga 15 tahun iaitu Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Unit Pengakap Remaja

  • Bagi pelajar-pelajar sekolah menengah  yang berumur 14 hingga 17 tahun, mereka akan tergolong dalam pengakap remaja.

Unit Pengakap Raja

  • Pengakap Raja merupakan Anugerah tertinggi di dalam Persekutuan Pengakap Malaysia. Ahli akan menerima Sijil Pengakap Raja ditandatangani oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong serta barisan sultan-sultan di Malaysia.

Unit Pengakap Kelana

  • Pengakap Kelana pula terdiri daripada ahli yang berumur antara 17 hingga 26 tahun.

Panduan Uniform Pengakap Sekolah Rendah

uniform pengakap sekolah rendah

Selain Uniform Pengakap Sekolah Rendah, admin juga kongsikan panduan uniform lain seperti:

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!