Cara Buat Temujanji Maybank Secara Online: Maybank EzyQ

Kami kongsikan Cara Buat Temujanji Maybank Secara Online melalui Maybank EzyQ menggalakkan pelanggan untuk buat Temujanji Urusniaga Di Kaunter. Pihak Maybank dengan ini sedang menyokong usaha mencegah penularan wabak dan memastikan keselamatan pelanggan dan pekerja.

Urusan dengan sesi temujanji menggunakan Maybank EzyQ ini akan bermula dari tarikh 2 Jun 2021. Beberapa cawangan Maybank juga akan ditutup buat sementara waktu.

Para pengguna dapat boleh membuat temu janji secara dalam talian dengan mudah melalui Maybank EzyQ di aplikasi MAE dan juga laman web Maybank2u (maybank.my/ezyq).

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Temujanji urusan di kaunter Maybank ini membolehkan pengguna atau pelanggan untuk menyelesaikan beberapa urusan seperti berikut:

  • membuka akaun
  • pertanyaan mengenai kad debit
  • pertanyaan mengenai produk

Cara Buat Temujanji Maybank: EzyQ

Setakat artikel ini ditulis, EzyQ boleh diakses terus dari laman Maybank2U sahaja pada waktu ini dan tidak menerusi aplikasi.

Selain mengurangkan risiko pelanggan mendapat jangkitan wabak Covid-19, MaybankEzyQ juga akan membantu mengurangkan masa menunggu untuk membuat urusan di kaunter. Ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman atau portal https://www.maybank2u.com.my/page/appointment/
  2. Nyatakan urusan perkhidmatan perbankan yang diperlukan.
  3. Pilih cawangan yang ingin dikunjungi. * (Sila rujuk cawangan yang buka dan beroperasi di sini)
  4. Pilih tarikh dan waktu yang sesuai.
  5. Isikan maklumat peribadi dan hantar.
  6. Anda akan menerima e-mel pengesahan untuk nombor rujukan temujanji anda. Tunjukkan nombor rujukan ini kepada staf apabila anda hadir ke cawangan untuk urusniaga di kaunter.

Berkaitan Cara Buat Temujanji Maybank

Dalam tempoh PKP Penuh, semua cawangan Maybank beroperasi dari jam 9:30 pagi hingga 2:00 petang sahaja. Temujanji boleh dibuat sehingga 15 hari lebih awal daripada tarikh urusan yang dijadualkan melalui MaybankEzyQ.

Perlu diingatkan juga bahawa tanpa temujanji juga, warga emas, orang kurang upaya dan wanita hamil akan mendapat layanan khas dan diberikan keutamaan.

Pihak Maybank menggalakkan para pelanggan untuk melakukan transaksi bank dengan selamat dari kediaman anda melalui saluran digital Maybank. Sekiranya anda memerlukan bantuan menggunakan Maybank EzyQ, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Maybank di 1-300-88-6688.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

1 thought on “Cara Buat Temujanji Maybank Secara Online: Maybank EzyQ”

Leave a Comment

error: Content is protected !!