Permohonan MRSM 2022 Kemasukan Tingkatan 1 & 4

Kami kongsikan Permohonan MRSM 2022 Kemasukan Tingkatan 1 dan 4 untuk murid-murid atau ibu bapa yang berhasrat menghantar anak-anak ke sekolah berprestij ini. Murid sekolah rendah yang cemerlang pastinya mengimpikan untuk melanjutkan pelajaran di MRSM dan sekolah khusus yang lain.

Peluang untuk melanjutkan pelajaran di MRSM adalah batu loncatan untuk kejayaan mereka yang berterusan dalam bidang yang diceburi. Langkah pertama yang perlu diambil adalah membuat permohonan MRSM 2022 untuk anak-anak yang bakal ke Tingkatan 1 atau 4.

Ibu bapa atau penjaga mesti mengetahui tarikh-tarikh penting untuk membuat permohonan dan peka dengannya.

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

MRSM adalah institusi pendidikan yang bertujuan untuk melatih pemenang Hadiah Nobel di masa depan, saintis profesional, usahawan teknologi dan pemimpin dalam pelbagai bidang, serta orang yang mempunyai kebajikan, keunggulan dan daya saing global, kecemerlangan dan berdaya saing.

Sistem pendidikan MRSM adalah usaha berterusan, dinamik dan saintifik untuk meningkatkan kualiti diri, masyarakat, negara dan Tuhan. Persekitaran pembelajaran berkualiti tinggi dan cemerlang sentiasa peka dan komited untuk meningkatkan kualiti, produktiviti yang sangat baik, memupuk dan mengembangkan potensi, kepemimpinan dan kreativiti.

Sebenarnya, setiap pelajar adalah unik, istimewa, dan berpotensi besar untuk peningkatan berterusan dalam mencipta kecemerlangan.

Syarat Permohonan Kemasukan MRSM

Syarat kemasukan ke MRSM ialah seperti berikut:

  • Calon-calon yang ingin memohon MRSM mestilah warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa pemohon adalah warganegara Malaysia.
  • Calon mestilah membuat permohonan dalam talian (online).
  • Bejalar menggunakan Kurikulum Kebangsaan serta menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun semasa yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR/PT3), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  • Calon mestilah seseorang yang mempunyai minat untuk belajar di MRSM.
  • Mempunyai status pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Tarikh Permohonan MRSM 2022

Anda boleh memohon MRSM Tingkatan 1 dan 4 melalui panduan tarikh dalam jadual di bawah

PERKARABUTIRAN
Tarikh permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 1 2022Ogos 2021
Tarikh tutup permohonan kemasukan MRSM Tingkatan 1Disember 2021

Setiap tahun pelajar MRSM direkrut, MARA akan menjemput pelajar tingkatan 1 dan 4 yang berminat dalam akademik, keperibadian, penyertaan aktif dalam aktiviti kokurikulum dan mempunyai nilai yang sangat baik. Kemasukan di institusi ini akan memberi keutamaan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah 40% (B40) yang tinggal di kawasan luar bandar dan bandar.

Cara Permohonan Online MRSM Tingkatan 1

  1. Pemohon baharu mesti mendapatkan kata laluan sebelum mereka dapat mengakses sistem borang permohonan dalam talian sepenuhnya.
  2. Kata laluan boleh didapati dengan mendaftar sebagai pengguna laman web kemasukan MRSM Tingkatan 1 melalui sistem di bawah pautan di bawah:
  3. Selepas berhasil mendapatkan kata laluan, pemohon boleh mula mengakses (log masuk) ke sistem borang online dengan menggunakan kata laluan tersebut.
  4. Isi dan lengkapkan setiap maklumat yang diperlukan dan klik butang HANTAR.

Baca Juga: Koleksi Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia

Sistem Pendidikan di MRSM Seluruh Malaysia

Keutamaan akan diberikan kepada pemohon dari keluarga berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar. Pemohon mesti mempunyai keperibadian yang baik dan memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang
  • Calon juga hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum
  • Keutamaan diberikan kepada pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah
  • Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan kepada merit

Terdapat pelbagai sistem Pendidikan  yang diterapkan di MRSM. Senarai sistem atau bidang pendidikan di MRSM adalah seperti berikut:

  • Biasa
  • IGCSE
  • Ulul Albab
  • Teknikal
  • IB MYP

Sekiranya anda berminat dengan salah satu program di atas, pastikan untuk memilih program tersebut sebagai pilihan pertama semasa mendaftar permohonan Tingkatan 1 atau 4. Pastikan permohonan Tingkatan 1 atau 4 yang anda hantar itu lengkap dan mematuhi format yang ditetapkan supaya MARA dapat memberi perhatian sewajarnya dalam pengambilan permohonan anda.

Mana-mana yang terpilih untuk salah satu program samada IGCSE, Ulul Albab, Teknikal, anda mesti menghadiri sendiri panggilan ujian kelayakan. Anda akan dimaklumkan kelak melalui emel dan SMS.

Semak Keputusan MRSM 2022

Cara membuat semakan keputusan Permohonan MRSM bagi kemasukan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 adalah seperti berikut:

  1. Akses portal rasmi www.mara.gov.my atau terus ke pautan UKKM MARA berikut:
  2. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut pengenai semakan dan permohonan, boleh hubungi melalui saluran:

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!