Buku Iqra’ 1-6 Virtual dan PDF

Buku Iqra’ 1-6 Virtual dan PDF ini merupakan bahan bacaan yang merangkumi Iqra’ 1, Iqra’ 2, Iqra’ 3, Iqra’ 4, Iqra’ 5, dan Iqra’ 6.

Rumah yang tidak dihiasi amal ibadat wajib atau sunat termasuk membaca ayat al-Quran diibaratkan seperti kubur yang sunyi. Tempat sunyi sudah tentu akan ‘dikuasai’ syaitan serta iblis.

Didik anak-anak untuk belajar alQuran. Berikut merupakan kandungan buku bacaan latihan mengaji, Iqra’ 1 hingga Iqra’ 6.

  • Iqra’ 1: Pengenalan huruf-huruf Hijai’yyah, alif (ا) hingga ya (ي) dengan baris fathah.
  • Iqra’ 2: Mengenali huruf-huruf Hijai’yyah yang bersambung, berbaris satu di atas serta perbezaan bacaan panjang dan pendek.
  • Iqra’ 3: Mengenali huruf-huruf Hijai’yyah bersambung yang berbaris fathah, kasrah dan dhommah serta tanda sukun.
  • Iqra’ 4: Mengenali bacaan kalimah dan ayat yang mengandungi hukum qalqalah dan praktikal ayat mudah.
  • Iqra’ 5: Mengenali bacaan tasydid (sabdu), hamzah wasol, alif lam ta’rif, hukum nun sakinah, hukum mad, cara wakaf dan praktikal bacaan ayat.
  • Iqra’ 6: Pengenalan bacaan khas Rasm Uthmani, kaedah mudah mengenali hukum-hukum tajwid dan praktikal bacaan ayat-ayat al-Quran.
Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Iqra’ Online : Buku Iqra’ 1-6 Virtual

Jangan biarkan waktu kosong dibiarkan tanpa membuat sebarang perkara bermanfaat. Tidak kira walau di mana kita berada. Misalnya, ketika sedang menunggu lampu isyarat, gunakan peluang beberapa minit itu untuk membaca surah mudah yang kita hafal.

Siapa yang mengerjakan satu kebaikan yang diniatkan semata-mata kerana Allah SWT, paling sedikit dia akan mendapat 10 pahala.

Membaca al-Quran itu bukan dikira selepas membaca keseluruhan ayat atau surah, tetapi setiap huruf itu ganjarannya 10 pahala.

Abdullah bin Mas’ud menyatakan, Rasulullah SAW bersabda. “Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, melainkan Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Sunan Tirmizi)

Bagi mereka yang masih kurang lancar atau bacaan seringkali tersangkut-sangkut, jangan bimbang. Teruskan membaca al-Quran kerana Nabi SAW memberikan motivasi dengan menyatakan, golongan itu akan mendapat dua kali pahala berbanding orang yang lancar.

Aisyah menyatakan, Rasulullah SAW bersabda. “Orang yang membaca al-Quran dan menjaganya (membacanya dengan betul dan mengamalkannya) akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang yang membaca al-Quran dengan sungguh-sungguh dan mengalami kesulitan, dia akan mendapat dua pahala.” (Sahih Bukhari dan Muslim)

Ulama menyatakan, dua pahala yang diperoleh itu, satu untuk bacaannya manakala satu pahala lagi kesusahannya ketika membaca.

Jiwa orang yang sering berdamping dengan al-Quran juga akan sentiasa tenang dan lapang.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah arRa’d, ayat 28)

Berkongsi sesuatu yang bermanfaat

Sebagai penutup kata, kami menjemput guru-guru, murid-murid dan ibu bapa untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan melalui aplikasi Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Sebarang sumbangan bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan boleh dimajukan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!