Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 2.0

Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu 2.0 ini dikongsi oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai rujukan kepada pegawai bahagian di KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pentadbir.

Jiga merupakan panduan kepada guru di sekolah tentang pengurusan sekolah dengan mengambil kira langkah-langkah bagi mengawal penularan jangkitan penyakit Coronavirus Disease 2019 (COVID-19).

Garis panduan ini disediakan bagi memastikan penjagaan kesihatan dan keselamatan adalah berdasarkan prinsip:

  1. Mengelakkan 3C iaitu menjauhi kawasan sesak (crowded place), mengelak kawasan sempit (confined space) dan mengelak bercakap/bersembang dengan jarak yang dekat (close conversation); dan
  2. Menekankan amalan 3W iaitu mencuci tangan dengan air dan sabun/pensanitasi tangan (wash), memakai pelitup separuh muka (wear) dan amaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkonsepkan peringatan (warn) termasuk penjarakan fizikal serta tidak bersalaman.

Objektif Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 2.0 ini adalah untuk memastikan:

  • pengurusan sekolah dan asrama dapat dilaksanakandengan lebih teratur dan lancar;
  • keselamatan dan kesihatan murid/pelajar, guru dan warga sekolah diutamakan semasa mereka berada
  • di sekolah dan asrama;
  • proses PdP dilaksanakan dalam keadaan selamat;
  • pentaksiran pusat dan peperiksaan awam dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan lancar.

Penjagaan kesihatan dan amalan penjarakan fizikal adalah amat penting dalam pengurusan sekolah bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan murid/pelajar, guru dan warga sekolah.

Pelaksanaan Waktu Persekolahan Berperingkat

Waktu persekolahan boleh dilaksanakan secara berperingkat setelah mendapat kelulusan pendaftar negeri. Bagi mengelakkan kesesakan, pihak sekolah boleh mengurus pergerakan keluar masuk murid/pelajar berdasarkan model berikut:

ModelKeterangan Urusan Keluar Masuk Murid
1ruang menunggu di dalam kawasan sekolah
2laluan terarah sehala
3kawalan keberadaan murid/pelajar oleh polis/ RELA/ PBT/ PIBG/ Alumni/ PIBK/ KSIB/Sukarelawan (Ibu bapa dan Komuniti)
4penyuraian murid/pelajar secara berperingkat
5menunggu di dalam bilik darjah (sistem panggilan)

Perhimpunan sekolah yang melibatkan murid/pelajar, guru atau warga sekolah berkumpul secara beramai-ramai tidak dibenarkan.

Aktiviti lain yang melibatkan murid/pelajar, guru atau warga sekolah berkumpul bagi tujuan PdP dibenarkan. Walau bagaimanapun, bilangan murid/pelajar dan guru yang terlibat bergantung pada
kapasiti kawasan atau ruang di sekolah dengan mengambil kira penjarakan fizikal dan keselamatan.

Muat Turun Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 2.0

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!