Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021 : Pelbagai Hadiah Menarik

Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021 dilancarkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Melalui kempen ini, terdapat tawaran  hadiah yang sangat lumayan bagi menggalakkan orang ramai duduk rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Ahmad Dasuki Abdul Majid, dalam satu kenyataan menyatakan bahawa acara ini terbuka kepada pendeposit SSPN-i yang membuka akaun semasa tempoh promosi dan membuat deposit tambahan.

“Ini adalah usaha PTPTN untuk melancarkan kempen ini agar rakyat Malaysia selalu mengutamakan simpanan di masa depan dan mempraktikkan penjagaan kesihatan diri dan keluarga dalam menghadapi cabaran Covid-19.”

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

“Dengan tinggal di rumah, tetap selamat, atau duduk di rumah untuk tetap selamat, kita masih dapat menyimpan melalui saluran dalam talian yang lebih mudah, cepat, dan lebih selamat. Ini akan menghidupkan budaya tabungan.” katanya lagi.

Setiap deposit sebanyak RM50 akan memberikan kelayakan kepada semua pendeposit untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah, penyertaan adalah secara automatik automatik.

Kategori Cabutan Bertuah Terdapat tiga kategori cabutan bagi kempen ini iaitu:

  • Kategori Platinum, Gold dan Silver bernilai hampir RM240,000 untuk 39 orang pemenang.

Tempoh Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021

  • Tempoh promosi atau kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021ini akan bermula pada 1 sehingga 30 September 2021.

Hadiah Kempen Stay Safe & Win SSPN-i 2021

  • Sebuah kereta Proton X50 bagi Kategori Platinum.
  • Sebuah kereta Perodua Myvi 1.5cc bagi Kategori Gold
  • Sebuah motosikal Yamaha Y15zr bagi Kategori Silver.

Selain hadiah utama yang disenaraikan di atas, terdapat juga bagi tempat kedua, ketiga dan saguhati juga. Hadiah-hadiah ini pastinya sangat berbaloi untuk dimenangi seperti barang kemas, komputer riba dan wang tunai.

Penyimpan dengan akaun SSPN-i juga dapat menikmati pelbagai faedah yang disediakan oleh SSPN-i. Keistimewaannya ialah pelepasan taksiran cukai hingga RM8,000.00, dividen yang kompetitif, takaful ringgit ke ringgit percuma hingga RM10.

Selain itu juga, terdapat juga Geran sepadan percuma sehingga RM10,000 diberikan kepada pendeposit yang layak.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Sumber: https://www.utusan.com.my/

Leave a Comment

error: Content is protected !!