Kertas Kerja English Week

Kertas Kerja Program English Week ini adalah perkongsian yang membantu guru-guru membuat perancangan atau menguruskan Program English Week. Di sini juga admin cuba kongsikan koleksi kertas kerja yang lain.

Terima kasih kepada Cikgu Ashikin yang berkongsikan kertas kerja ini. Semoga setiap kebaikan dalam memudahkan urusan guru-guru lain ini mendapat pahala yang berganda.

Pengenalan kertas kerja program

Kertas kerja didefinisikan sebagai makalah (artikel atau rencana) bertulis yang mengandungi makluman lengkap cadangan tertentu. Seperti yang kita ketahui, kertas kerja ditulis untuk mengetengahkan idea untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan atau peruntukan kewangan.

Kertas kerja juga diterjemah sebagai bentuk komunikasi bertulis. Oleh sebab itu kertas kerja bermaksud hasil penulisan yang mengandungi idea untuk dikemukakan kepada khalayak atau pihak-pihak tertentu.

Khalayak perlu membaca kertas kerja tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan idea yang hendak disampaikan. Khalayak boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan.

Objektif Pelaksanaan English Week

  • Menanamkan minat di kalangan murid, guru dan komuniti terhadap Bahasa Inggeris.
  • Meningkatkan minat murid dalam pembelajaran Bahasa Inggeris di luar kelas formal.
  • Melaksanakan arahan KPM iaitu membudayakan Bahasa Inggeris di kalangan murid, guru serta komuniti sekolah.
  • Membudayakan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah.

Berkaitan kertas kerja English Week

Sekiranya guru-guru adalah pengurus projek atau mencari idea untuk melaksanakan projek di sekolah, boleh muat turun dan lihat contoh-contoh kertas kerja ini menggunakan pautan dalam jadual yang disediakan.

Selain Kertas Kerja English Week, guru boleh melihat contoh-contoh kertas kerja yang lain:

Admin insha-Allah akan mengumpulkan contoh kertas kerja lengkap bagi setiap projek. Koleksi ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk tahun ini atau rujukan tahun-tahun akan datang.

Sekiranya guru yang ingin berkongsi bahan bermanfaat yang telah disiapkan, sila hubungi admin @tchercollection melalui emel atau Telegram.

Dapatkan contoh kertas kerja di sini

Memandangkan masing-masing berlumba untuk melakukan yang terbaik untuk sekolah, pastinya ramai guru yang akan mencari idea untuk melaksanakan projek bermanfaat. Sekiranya berminat untuk melaksanakan projek atau program ini, muat turun kertas kerja melalui pautan ini:

Versi 1Versi 1

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!