Pengoperasian Sekolah di Kawasan PKP, PKPP dan PKPB

Pengoperasian atau pembukaan Sekolah di Kawasan PKP, PKPP dan PKPB ini merujuk kepada rumusan pengoperasian institusi pendidikan di kawasan PKP, PKPP dan PKPB yang dibentangkan oleh Menteri Kanan Pendidikan Dr. Radzi Jidin pada 12 Januari 2021.

Pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM dan semua kategori Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM termasuk sekolah antarabangsa adalah berdasarkan takwim institusi masing-masing.

Operasi sekolah PKP PKPB PKPP
pengoperasian sekolah pkp pkpb pkpp

Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana

Semua guru dikehendaki kembali ke stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Januari 2021. Kehadiran guru ke sekolah pula ada seperti berikut: –

  • Guru terlibat dengan kelas peperiksaan
  • Guru terlibat dengan pengurusan peperiksaan
  • Guru lain yang diarahkan hadir bertugas oleh Ketua Jabatan

Selain itu, kehadiran AKP pula adalah tertakluk kepada arahan Ketua Jabatan mengikut garis panduan semasa yang telah diedarkan.

Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru

Kehadiran pensyarah-pensyarah untuk bertugas di Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru tertakluk kepada arahan Ketua jabatan. Berikut merupakan butiran keberadaan pelajar kolej matrikulasi:-

  • Pelajar kekal berada di kolej.
  • Sesi PdP secara hibrid di kolej.

Bagi pelajar Institut Pendidikan Guru pula, sesi pembelajaran semua program pengajian akan dilaksana seam dalam talian mulai 17 Januari 2021.

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Institusi Pendidikan Swasta

PdP secara bersemuka di sekolah swasta dan sekolah antarabangsa hanya dibenarkan untuk kelas peperiksaan sahaja. Tadika swasta yang berdaftar bawah KPM di kawasan PKP boleh terus beroperasi secara bersemuka.

Institusi Pendidikan Swasta lain tidak dibenarkan beroperasi secara bersemuka. Pengoperasian IPS adalah tertakluk kepada Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu.

Bagaimana pengurusan buku teks?

Pengurusan buku teks akan dimaklumkan oleh pihak sekolah. Pihak sekolah akan berhubung dengan ibu bapa mengenai urusan ini.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!