Soalan PT3 Bahasa Melayu Terkini

Soalan PT3 Bahasa Melayu Terkini dikongsikan oleh guru-guru dan murid-murid calon terdahulu. PT3 ialah Pentaksiran Pusat (PP) yang dilaksanakan secara perkongsian akauntibiliti antara Lembaga Peperiksaan (LP) dengan pihak sekolah.

Pemerkasaan PT3 ialah proses memperkasakan sekolah dalam aspek pentaksiran dan sebagai langkah memperkukuh pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Langkah ini merupakan antara usaha KPM mempertingkatkan profesion keguruan dan mengiktiraf kepakaran dan peranan guru dalam bidang pentaksiran.

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Pemerkasaan PT3 akan dilaksanakan mulai tahun 2020 melalui 2 kaedah iaitu mengekalkan PP sedia ada yang melibatkan 5 mata pelajaran dan Pentaksiran Sumatif peringkat menengah rendah kendalian sekolah bagi 18 mata pelajaran yang lain.

Dilaksanakan secara Pentaksiran Pusat (PP) kerana melibatkan:

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Kesenian, Hifz Al-Quran, dan Al-Lughah Al-Arabiah Al-Muasirah (KBD) – Ujian Mendengar dilaksanakan secara pentaksiran pusat.

  • pengiktirafan pihak luar (JPA, CAIE)
  • kepakaran pentaksir (Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia dan Darul Quran, JAKIM)
  • kelengkapan prasarana

Muat Turun Soalan PT3 Bahasa Melayu

Admin insha-Allah akan mengumpulkan soalan-soalan lengkap bagi setiap subjek. Koleksi soalan ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk tahun ini atau rujukan tahun-tahun akan datang.

Sekiranya guru yang ingin berkongsi koleksi soalan yang ada, sila hubungi admin @tchercollection melalui emel atau Telegram.

muat turun
Dapatkan contoh soalan dengan muat turun bahan di sini.
🔴Contoh Soalan PT3 Bahasa Melayu
🔴Soalan PT3 Bahasa Inggeris
🔴Contoh Soalan PT3 Matematik
🔴Koleksi Soalan PT3 Sains 2019
🔴PT3 Sejarah Contoh Soalan Terkini
🔴Himpunan Soalan PT3 Pendidikan Islam 2019
🔴Rekabentuk dan Teknologi Soalan PT3
🔴Penilaian Asas Sains Komputer PT3
🔴Panduan Soalan Geografi PT3
Mata pelajaran ini disusun dalam 5 bidang berbeza.

Maklumat lanjut mengenai pemerkasaan PT3

Lembaga Peperiksaan (LP) menyediakan spesifikasi ujian (JSU), format pentaksiran, latihan personel pentaksiran dan melaksanakan penjaminan kualiti.

Pihak sekolah akan menguruskan penyediaan instrumen pentaksiran, panduan penskoran, pentadbiran, penskoran, verifikasi skor, pelaporan dan penjaminan kualiti.

Manakala JPN / PPD pula akan memberikan latihan, membuat pengesahan instrumen dan penjaminan kualiti pentadbiran dan menguruskan instrumen bagi Sekolah Kurang Murid (SKM) serta sekolah-sekolah yang kekurangan guru opsyen.

🔴 Muat turun brosur Pemerkasaan PT3 dalam format pdf

Bolehkah calon PT3 membuat penyemakan semula keputusan dan di manakah permohonan tersebut boleh dibuat?

Boleh. Calon sekolah boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan di sekolah masing-masing dalam masa 30 hari dari tarikh keputusan PT3 dikeluarkan.

Calon persendirian calon boleh membuat permohonan penyemakan semula keputusan di Jabatan Pendidikan Negeri.

Kadar bayaran untuk semakan adalahRM50 bagi satu mata pelajaran dan keputusan akan diterima dalam tempoh dua bulan dari tarikh tutup permohonan penyemakan semula keputusan PT3.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!