Tapak RPT 2021 Sebagai Persediaan Awal Persekolahan

Penyediaan Tapak RPT 2021 sebagai persediaan awal bagi guru-guru untuk sesi persekolahan 2021. Tapak RPT ini akan memudahkan persiapan awal dalam merancang pelaksanaan kurikulum pada tahun 2021.

Setiap tahun, RPT atau dikenali juga sebagai Rancangan Pengajaran Tahunan ini menjadi bahan utama yang akan disiapkan. Dokumen ini akan menjadi rujukan sepanjang tahun.

Kepentingan penyediaan dan penggunaan RPT

Para guru pastinya tahu Kepentingan Penyediaan dan Penggunaan RPT sepanjang tempoh pembelajaran di sekolah. RPT merupakan dokumen rasmi yang akan dirujuk oleh tenaga pengajar.

  1. RPT akan bertindak seebagai rujukan utama yang holistik bagi setiap guru dalam melaksanakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. 
  2. Selain itu, penggunaan RPT ini akan mengelakkan berlakunya pemesongan kandungan kurikulum dalam proses pengajaran untuk mencapai matlamat dan objektif mata pelajaran tertentu. 
  3. Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan ini juga dapat memastikan penyusunan kandungan yang teratur mengikut perkembangan dan kebolehan murid-murid. 
  4. Seterusnya, penyediaan RPT akan memudahkan guru pengganti menggambil alih  tugas guru sekiranya berlaku hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Pengganti guru akan dapat meneruskan pengajaran secara berpandu. 
  5.  Dalam masa yang sama, Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester juga berperanan sebagai penyelaras bagi penyediaan soalan untuk ujian bulanan dan peperiksaan.
  6.  Akhir sekali, Rancangan Pengajaran Tahunan ini membolehkan guru-guru sembuat semakan silibus atau kandungan yang telah diajar dengan lebih mudah dan cepat.

Muat turun tapak RPT 2021

Tapak ini disediakan untuk kesemua negeri yang tebahagi kepada negeri-negeri Kumpulan A dan negeri-negeri Kumpulan B.

Negeri-Negeri Kumpulan A
Termasuklah sekolah-sekolah di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

📌📥 Muat Turun Sekarang
Negeri-Negeri Kumpulan B
Melibatkan Sekolah-sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan & Wilayah Persekutuan Putrajaya.

📌📥 Muat Turun Sekarang

Berkongsi sesuatu yang bermanfaat

Sebagai penutup kata, kami menjemput guru-guru, murid-murid dan ibu bapa untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Perkongsian ini pastinya dapat membantu memberikan manfaat buat ramai yang datang ke sini.

Jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan melalui aplikasi Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Sebarang sumbangan bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan boleh dimajukan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!