Youtube, Google Drive, Gmail dan Google Playstore Gagal Diakses

Youtube, Google Drive, Gmail dan Google Playstore gagal diakses. Secara keseluruhan, dapat dilihat seolah-olah rangkaian Google mengalami gangguan selama kira-kira satu jam hari ini. Kejadian ini merupakan sebuah kegagalan yang belum pernah terjadi pada sebelum ini dalam sistem trafik gergasi internet.

Pada saat ini, laman dan saluran YouTube sedang menghadapi masalah untuk diakses. Namun begitu, pengguna masih boleh terus menonton video yang telah dibenam (embed) ke laman web lain.

Sekiranya pengguna yang menonton video yang dibenam tadi klik ke URL khusus video berkenaan, kandungan berkenaan masih tidak boleh diakses. Ternyata, YouTube benar-benar terjejas.

Gangguan di Google Drive dan Gmail

Selain daripada perkhidmatan YouTube, perkhidmatan web lain Google turut dilihat menghadapi masalah yang serupa. Antara laman yang terkesan adalah termasuk Google Drive dan juga GMail.

Gangguan ini boleh dikesan apabila pengguna mengakses laman berkenaan melalui pelayar web (web search), mesej masalah teknikal akan dipaparkan.

youtube down

Google Play Store tutut terkesan

Pengguna juga tidak boleh melakukan sebarang carian melalui Google Play Store, selain turut tidak boleh memuat-turun sebarang aplikasi dari kedai aplikasi berkenaan.

Banyak lagi rangkaian Google yang mengalami nasib yang serupa, iaitu Google Docs, Maps, Adwords and Adsense, Google Pay, Google Home, Nest dan Google’s Chromecast.

Memandangkan Portal DELIMa juga menggunakan khidmat pelantar Google, laman ini juga turus terjejas buat sementara waktu.

Sehingga kini masih tidak diketahui punca atau penyebab disebalik masalah ini. Pihak pengurusan laman-laman tersebut masih belum mengeluarkan sebarang komen berkaitan masalah teknikal buat masa ini.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!