Menara Merdeka 118 merupakan bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara

Menara Merdeka 118 merupakan bangunan tertinggi di Malaysia setelah lantai tingkat ke-118 bangunan itu telah siap dibina.

Setelah siap sepenuhnya pada tahun 2022, menara ini akan mencapai ketinggian sekurang-kurangnya 644 meter. Ini akan menjadikannya bangunan tertinggi di Asia Tenggara. Menara ini dimiliki oleh PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Menara Merdeka 118 telah berjaya menyelesaikan pemasangan tingkat terakhir di tingkat 118. Pembinaan Merdeka 118 ini merupakan peristiwa intimewa dan pastinya akan menambah landskap indah langit Kuala Lumpur yang sedia ada.”

Menara Merdeka 118
Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil bahagian dalam projek ini. Kredit kepada mereka yang bekerja keras untuk mencapai pencapaian bersejarah ini. Jelas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB dalam satu kenyataan pada hari Selasa lalu.

Fakta menarik mengenai Menara Merdeka 118

  1. Mempunyai keluasan 3 juta kaki persegi ruang lantai. Ini termasuklah 1.66 juta kaki persegi ruang pejabat Gred A dan kira-kira 1 juta kaki persegi ruang komersil.
  2. Mempunyai dek pemerhatian The View at 118. Ini merupakan dek tertinggi di Asia Tenggara. Satu-satunya hotel di sini ialah Hotel Park Hyatt yang terletak di 17 tingkat teratas menara.
  3. Terdapat pusat membeli-belah dengan pelbagai peluang perniagaan yang menarik, dikelilingi oleh kehijauan dan taman terbuka.
  4. Terdapat juga tiga menara yang memuatkan kediaman eksklusif.
  5. Menara ini juga mengandungi sebuah muzium tekstil. Muzium ini akan mengetengahkan warisan tekstil dunia Melayu, sebuah pusat jagaan kanak-kanak dan Masjid Merdeka.
  6. Masjid Merdeka ini merupakan masjid baharu dengan kapasiti ruang yang mampu memuatkan 3,000 jemaah pada satu-satu masa.
  7. Sehingga artikel ini ditulis, Merdeka 118 telah pun 81 peratus siap dibina dan pemasangan fasad kaca berada di tingkat 108.
menara merdeka pnb 118

Artikel Menarik:-

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!