Laporan Analisis Keputusan SPM 2020 – KPM

Dikongsikan pautan untuk memuat turun Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) Tahun 2020. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan peperiksaan utama kebangsaan yang ditadbirkan secara berpusat dan ditaksir pada penghujung pendidikan menengah.

Peperiksaan ini merupakan peperiksaan pensijilan yang digunakan oleh murid untuk melanjutkan pelajaran, memohon biasiswa dan pekerjaan.

Penularan wabak Covid-19 telah menyebabkan peperiksaan SPM 2020 ditunda. Mengikut perancangan asal, peperiksaan SPM 2020 telah dijadualkan pada 5 Oktober hingga 19 November 2020. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020, peperiksaan ini telah ditunda
sebanyak tiga kali.

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Kali pertama ditunda ke 16 November hingga 7 Disember 2020, kemudian ditunda ke 6 Januari hingga 9 Februari 2021. Tarikh peperiksaan SPM 2020 dimuktamadkan pada 22 Februari hingga 25 Mac 2021.

Bagi calon yang disahkan positif Covid-19 atau dikuarantin, calon dibenarkan untuk menduduki peperiksaan pada sesi kedua yang bermula pada 6 hingga 23 April 2021.

Perincian maklumat mengikut kategori calon pada tahun 2019 berbanding tahun 2020
ditunjukkan dalam Jadual di bawah:

GRED PURATA NASIONAL (GPN)

Pencapaian calon bagi tahun 2020 adalah lebih baik berbanding tahun 2019. GPN tahun 2020 adalah 4.80 berbanding 4.86 pada tahun 2019 iaitu perbezaan sebanyak 0.06.

Keputusan peperiksaan SPM 2020 menunjukkan sebanyak 43 mata pelajaran mencatatkan
peningkatan prestasi, 39 mata pelajaran mencatatkan penurunan dan satu mata pelajaran
kekal daripada keseluruhan 83 mata pelajaran yang ditawarkan.

Muat Turun Laporan Analisis Keputusan SPM 2020

Artikel Berkaitan:-

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!