Buku Panduan Pengurusan HEM 2021

Buku Panduan Pengurusan HEM 2021 : Perancangan Hal Ehwal Murid 2020 ini boleh dimanfaatkan oleh Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid. Unit Hal Ehwal Murid adalah salah satu unit yang bertanggungjawab membantu pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh.

Terdapat pelbagai program dan aktiviti yang akan dijalankan sama ada di dalam dan di luar kawasan sekolah. Pelaksanaan ini bertujuan untuk memberi sebanyak mungkin pendedahan dan pengalaman kepada murid.

Keseronokan murid datang dan berada di sekolah akan mempamerkan iklim sekolah yang harmoni dan kondusif. Situasi ini terhasil daripada hubungan yang baik antara warga sekolah yang terdiri daripada berbilang kaum, berlainan agama, budaya dan bahasa.

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Kesedaran individu untuk saling hormat-menghormati dengan rasa penuh tanggungjawab dapat menyediakan persekitaran yang selamat supaya proses pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu.

Melalui buku ini, guru-guru dapat idea program dan bidang tugas mengenai jawatankuasa berikut:

🍎Jawatankuasa Unit Bimbingan Dan Kaunseling
🍎Jawatankuasa Unit Disiplin
🍎Jawatankuasa Lembaga Pengawas Sekolah
🍎Jawatankuasa Dokumen dan Data Murid
🍎Jawatankuasa Kebajikan / Skim Tabungan / Takaful dan Biasiswa
🍎Jawatankuasa Kesihatan dan Rawatan
🍎Jawatankuasa Pengurusan Kantin
🍎Jawatankuasa Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
🍎Jawatankuasa Pengurusan SPLG / RMT dan PS1M
🍎Jawatankuasa Keselamatan, Keceriaan dan Kebersihan (3M)
🍎Jawatankuasa Pencegahan Denggi
🍎Jawatankuasa Penempatan Murid Tahun 6
🍎Tanggungjawab Guru Bertugas Mingguan
🍎Pengurusan Kelas

Dapatkan Buku Panduan Pengurusan HEM 2021

Admin insha-Allah akan mengumpulkan bahan-bahan panduan pengurusan lengkap bagi setiap unit dan jawatankuasa. Koleksi bahan ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk tahun ini atau rujukan tahun-tahun akan datang.

Sekiranya guru yang ingin berkongsi koleksi buku pengurusan yang telah disiapkan, sila hubungi admin @tchercollection melalui emel atau Telegram.

Berkaitan Buku Panduan Pengurusan HEM 2021:

🍎Buku Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
🍎Pengurusan Kokurikulum Sekolah

Kandungan Buku Panduan Pengurusan HEM 2021

Jadual pergerakan murid sepanjang tempoh murid berada di sekolah juga turut dilengkapkan dalam buku pengurusan sekolah masing-masing dengan jelas.

WAKTU MULA PERSEKOLAHAN

WAKTUPERKARA
6.50 pagi – 7.20 pagi🍎 Murid ke dewan apabila sampai ke sekolah.
🍎 Murid mesti membaca semasa berada di tapak perhimpunan.
🍎 Guru bertugas dan pengawas bertugas mesti berada di situ untuk memantau murid-murid.  
7.30 pagi🍎 Perhimpunan  pagi bermula : bacaan doa, pengumuman / nasihat .
7.30 pagi🍎 Bergerak masuk ke kelas masing-masing bersama Guru Mata pelajaran waktu pertama. *Pengawas mengambil tempat untuk mengawasi pergerakan murid.
🍎 Pengajaran dan pembelajaran bermula.  

WAKTU REHAT

WAKTUPERKARA
TAHAP 1 DAN TAHAP 2    🍎 Loceng pertama rehat dibunyikan murid-murid MESTI berada di kantin, dewan atau kawasan yang dibenarkan. Murid-murid TIDAK DIBENARKAN berada di dalam kelas.  
🍎 Loceng kedua dibunyikan murid-murid mesti beratur di hadapan  kelas / tapak perhi,punan mengikut kelas masing-masing .    
🍎 Murid-murid masuk ke kelas masing-masing bersama guru-guru matapelajaran waktu pertama selepas rehat dengan mengikut laluan yang betul. * Pengawas mengambil tempat untuk mengawasi pergerakan murid.  

WAKTU AKHIR PERSEKOLAHAN

WAKTUPERKARA
1.10 / 1.40 petang/ 2.10 petang🍎 Loceng dibunyikan 5 minit awal :   murid membersihkan kelas, masukkan kerusi, tutup lampu dan kipas dan tutup pintu kelas.Murid beratur di luar kelas bersama guru waktu akhir
🍎 Murid-murid turun mengikut laluan yang betul.   * Pengawas mengambil tempat untuk mengawasi pergerakan.  
🍎 Kelas- kelas yang belum tamat sesi persekolahan berada di dalam kelas seperti biasa.Murid-murid yang tidak balik, menunggu Kelas Agama Petang TIDAK DIBENARKAN berada di dalam kelas masing-masing sehingga jam 2.15 petang.  

WAKTU KELUAR MASUK KELAS SEMASA PDPC

WAKTUPERKARA
Tidak terhad🍎 Tidak digalakan murid keluar dari kelas KECUALI ada urusan penting.
🍎 Murid MESTI menggunakan pas keluar kebenaran daripada guru yang mengajar ketika itu.  

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

1 thought on “Buku Panduan Pengurusan HEM 2021”

Leave a Comment

error: Content is protected !!