Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum 2021

Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum 2021 : Perancangan Hal Ehwal Murid 2020 ini boleh dimanfaatkan oleh Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid. Unit Hal Ehwal Murid adalah salah satu unit yang bertanggungjawab membantu pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh.

“Kegiatan kokurikulum sebagai kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari dibilik darjah” – Akta Pendidikan 1996

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Kokurikulum adalah aktiviti pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Berikut merupakan faedah atau manfaat kegiatan kokurikulum di sekolah:

  • Memperluaskan pengetahuan dan pengalaman murid.
  • Membentuk sahsiah dan membina konsep kendiri.
  • Meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan diri murid.
  • Memupuk interaksi dan integrasi kaum serta semangat setia kawan.
  • Menyemai daya kepimpinan.
  • Mengurangkan masalah sosial.
  • Mencabar minda dan ketahanan diri.
  • Mempelajari situasi kehidupan sebenar seperti kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
  • Memupuk bakat murid dan menggunakan masa lapang secara berfaedah.

Dapatkan Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum 2021

Admin insha-Allah akan mengumpulkan bahan-bahan panduan pengurusan lengkap bagi setiap unit dan jawatankuasa. Koleksi bahan ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk tahun ini atau rujukan tahun-tahun akan datang.

Sekiranya guru yang ingin berkongsi koleksi buku pengurusan yang telah disiapkan, sila hubungi admin @tchercollection melalui emel atau Telegram.

Berkaitan Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum 2021

🍎Buku Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
🍎Pengurusan Kokurikulum Sekolah

Kandungan Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum 2021

Terdapat pelbagai bahan rujukan dalam Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum 2021. Antaranya ialah:

TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA KOKURIKULUM

  1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah – Rancangan Jangka Panjang / Pendek.
  2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
  3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
  4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
  5. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh, sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah / negeri / kebangsaan.
  6. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual kokurikulum.
  7. Menentukan tarikh Temasya Sukan Sekolah, Merentas Desa, Hari Kokurikulum dan kegiatan lain.
  8. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan Aktiviti tahunan serta mengemaskini Buku Rekod Aktiviti Kokurikulm.
  9. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah.
  10. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan.
  11. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.

TUGAS MAJLIS SUKAN SEKOLAH

  1. Menentukan objektif sukan sekolah tercapai.
  2. Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang / pendek.
  3. Mengenalpasti T.O.V (Take of Value) dan merancangkan aktiviti sekolah.
  4. Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan.
  5. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di sekolah.
  6. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik sukan.
  7. Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus dalaman / luaran.
  8. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi menjamin keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaan.

TUGAS PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN

  1. Menyelaras semua aktiviti, latihan dan pertandingan antara rumah dan sekolah supaya sesuai dengan hari, masa, tempat gelanggang dan padang.
  2. Menyediakan takwim dan jadual aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti.
  3. Membantu Pengetua mengagih tugas guru dalam olahraga dan permainan.
  4. Menetapkan pelajar baru dan lama dalam Rumah Sukan masing-masing.
  5. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan.
  6. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah.
  7. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah.
  8. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sekolah.
  9. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan.
  10. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod.
  11. Sentiasa berbincang dengan Guru Besar /Penolong Kanan HEM /Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah.
  12. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Aktiiviti Kokurikulum.
  13. Merancang kursus pendek untuk AJK Tertinggi persatuan/kelab/unit beruniform tentang cara-cara menggerakkan aktiviti kokurikulum.
  14. Menetapkan Ketua guru rumah dan guru-guru rumah.
  15. Menyimpan rekod yang lengkap segala jenis perlawanan yang disertai oleh sekolah baik di peringkat zon dan negeri (MASSAK), persahabatan dan sebagainya, mengandungi tarikh, jenis pertandingan, pasukan yang terlibat, tempat pertandingan dan keputusannya.
  16. Mencadangkan nama Olahragawan sekolah.

TUGAS KETUA RUMAH SUKAN

  1. Memastikan adanya senarai ahli Rumah Sukan yang lengkap (guru dan pelajar).
  2. Membuat pengagihan tugas kepada semua ahli rumah sukan.
  3. Membentuk jawatankuasa rumah di kalangan pelajar yang meliputi olahraga dan permainan.
  4. Menjalankan mesyuarat agung rumah sukan dan permainan.
  5. Menentukan guru rumah untuk menjadi pengadil dalam pertandingan peringkat sekolah.
  6. Sentiasa berbincang dengan Penyelaras Sukan dan Pemainan /Pen. Kanan Kokurikulum sekiranya menghadapi masalah.
  7. Memastikan laporan aktiviti Rumah Sukan disediakan untuk edaran dan rekod.
  8. Merekodkan dan melaporkan pencapaian cemerlang pelajar kepada penyelaras Sukan untuk dicalonkan sebagai wakil sekolah.
  9. Menetapkan tugas guru-guru rumah.
  10. Menjadi penasihat kewangan dan kebajikan ahli-ahli rumah.
  11. Mengambil tindakan ke atas ahli rumah yang tidak mengikut peraturan.

TUGAS PENYELARAS PERSATUAN / KELAB / UNIT BERUNIFORM

  1. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/unit beruniform.
  2. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat.
  3. Menyelaras semua aktiviti.
  4. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar memasuki persatuan/kelab/unit beruniform.
  5. Menentukan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik.
  6. Memastikan peraturan Perlembagaan dan minit mesyuarat agung direkodkan dan difailkan.
  7. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan.
  8. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum :
    • Mengagihkan Buku Kokurikulum kepada guru / guru kelas untuk diedarkan kepada pelajar .
    • Mengutip kembali dari guru / guru tingkatan pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod.
  9. Menyediakan borang / buku yang diperlukan untuk aktiviti :
    • Borang memasuki persatuan.
    • Borang senarai AJK dan ahli.
    • Buku Laporan Kegiatan / Laporan Aktiviti Kokurikulm
    • Fail-fail yang diperlukan.
  10. Mengumpulkan rancangan tahunan pada awal tahun untuk edaran,  rujukan dan rekod.
  11. Mengumpulkan laporan tahunan dan buku kegiatan untuk edaran, rujukan dan rekod.
  12. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum
  13. Menyediakan anggaran perbelanjaan setahun.

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!