Jadual Waktu PdPR Sekolah Menengah: Terkini 2021

Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPR Sekolah Menengah 2021 ini disediakan untuk memberi perincian perancangan dan pelaksanaan jadual waktu pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Panduan ini merujuk kepada penyusunan jadual PdPR di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah jenis Kebangsaan (SJK). Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Versi 2.

Follow kami menerusi media berikut:
Facebook TchercollectionTelegram Tchercollection

Objektif Panduan Jadual Waktu PdPR Sekolah Menengah

Objektif panduan ini adalah seperti berikut:

  1. mencadangkan peruntukan masa PdPR yang terancang sistematik, berstruktur dan seimbang agar tidak berlaku lambakan kerja rumah yang membebankan murid;
  2. menjadi rujukan bagi pengurusan pihak sekolah, guru mata pelajaran, ibu bapa dan semua pihak yang berkepentingan dalam melaksanakan jadual waktu PdPR bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid; dan
  3. membantu guru membina suasana PdPR yang “mesra ibu bapa” agar mereka dapat memberi sokongan berterusan terhadap pembelajaran di rumah.

Susunan Jadual Waktu PdPR Sekolah Menengah

Jadual waktu PdPR merangkumi peruntukan masa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dan tutorial yang dilaksanakan dalam tempoh seminggu persekolahan.

Peruntukan Masa PdP dan Tutorial

Penyediaan jadual waktu PdPR perlu dirancang dengan teliti berdasarkan matlamat dan keperluan khusus mata pelajaran agar murid mendapat pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan bagi meneruskan pembelajaran ke peringkat yang seterusnya.’

Contoh Jadual PdP dan Tutorial

Pihak sekolah perlu menyediakan jadual waktu PdPR yang sesuai dengan situasi dan sumber yang ada di sekolah dan mengikut peruntukan masa PdP dan tutorial.

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) hendaklah diselaraskan dengan menentukan kandungan kurikulum mata pelajaran serta kaedah yang bersesuaian yang akan dilaksanakan dalam tempoh PdPR.

Cadangan Jadual Waktu PdPR Menengah Rendah

Jadual Waktu PdPR Sekolah Menengah Rendah
Jadual Waktu PdPR Sekolah Menengah Rendah

Cadangan Jadual Waktu PdPR Menengah Atas

Jadual Waktu PdPR Sekolah Menengah Atas
Jadual Waktu PdPR Sekolah Menengah Atas

Contoh Jadual PdPR Sekolah Menengah (Rendah)

Jadual Waktu PdPR Sekolah Menengah Rendah 1
Jadual Waktu PdPR Sekolah Menengah Rendah 1 2 3

Artikel berkaitan Jadual Waktu PdPR Sekolah Terkini 2021

BilCatatan
1.Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu PdPR KPM 2021
2.Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu Prasekolah
3.Perincian Jadual Waktu PdPR Sekolah Rendah (SK/SJK)
4.Perincian Jadual Waktu PdPR Sekolah Menengah (Atas/Bawah)

Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) semasa PdPR hendaklah dilaksanakan secara berterusan bagi menentukan tahap penguasaan murid. Guru boleh merujuk Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi Ke-2, 2019 dalam merancang PBD yang akan dilaksanakan

Dapatkan Bahan Sokongan Melalui Portal BPK

Berikut merupakan senarai dan pautan modul pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

BilBIdang Mata PelajaranPautan
1.Prasekolahhttps://bit.ly/3a1WTSj
2.Bahasa dan Kesusteraanhttps://bit.ly/3qLSf1A
3.Kesenian dan Kesihatanhttps://bit.ly/3sStoe3
4.Sains dan Matematikhttps://bit.ly/3peHzrJ
5.Sains Sosialhttps://bit.ly/3pcPGoX
6.Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk Teknologihttps://bit.ly/3phEWFG
7.Pendidikan Khashttps://bit.ly/3sQow9w

Panduan Pelaksanaan Jadual Waktu Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah dapat memberi perincian perancangan dan pelaksanaan jadual waktu PdPR bagi KSPK (Semakan 2017), KSSR (Semakan 2017), KSKP dan KSSM termasuk Pendidikan Khas bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid.

Sumber ; Kementerian Pendidikan Malaysia

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!