Kertas Kerja Public Speaking : Pengelolaan di Sekolah

Kertas Kerja Public Speaking ini adalah perkongsian yang membantu guru-guru membuat perancangan atau menguruskan Pertandingan Public Speaking. Di sini juga admin cuba kongsikan koleksi kertas kerja yang lain.

Terima kasih kepada Alice Eliska yang berkongsikan kertas kerja ini. Semoga setiap kebaikan dalam memudahkan urusan guru-guru lain ini mendapat pahala yang berganda.

Pengenalan kertas kerja program

Kertas kerja didefinisikan sebagai makalah (artikel atau rencana) bertulis yang mengandungi makluman lengkap cadangan tertentu. Seperti yang kita ketahui, kertas kerja ditulis untuk mengetengahkan idea untuk mendapatkan sesuatu seperti kelulusan atau peruntukan kewangan.

Kertas kerja juga diterjemah sebagai bentuk komunikasi bertulis. Oleh sebab itu kertas kerja bermaksud hasil penulisan yang mengandungi idea untuk dikemukakan kepada khalayak atau pihak-pihak tertentu.

Khalayak perlu membaca kertas kerja tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan idea yang hendak disampaikan. Khalayak boleh terdiri daripada kumpulan kecil seperti jawatankuasa projek ataupun kumpulan besar seperti peserta seminar dan persidangan.

Objektif Pertandingan Public Speaking

  • Mencungkil dan menyerlahkan lagi potensi dan bakat para pelajar
  • mengembangkan lagi kemahiran dan pengetahuan mereka dalam bahasa inggeris sebagai bahasa kedua, khususnya dalam kemahiran ‘listening and speaking skills”.
  • memberi pendedahan kepada pelajar mengenai keseronokan mempelajari bahasa Inggeris.
  • memberi peluang kepada pelajar untuk meluaskan lagi pengalaman mereka dalam menyertai aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang perkembangan pembelajaran mereka serta penguasaan dalam bahasa kedua tersebut.
  • membina dan memupuk keyakinan dalam diri pelajar untuk menggunakan bahasa Inggeris dengan sebaiknya.
  • memupuk minat murid kepada Bahasa Inggeris.

Berkaitan kertas kerja Public Speaking

Sekiranya guru-guru adalah pengurus projek atau mencari idea untuk melaksanakan projek di sekolah, boleh muat turun dan lihat contoh-contoh kertas kerja ini menggunakan pautan dalam jadual yang disediakan.

Selain Kertas Kerja Public Speaking, guru boleh melihat contoh-contoh kertas kerja yang lain:

Admin insha-Allah akan mengumpulkan contoh kertas kerja lengkap bagi setiap projek. Koleksi ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk tahun ini atau rujukan tahun-tahun akan datang.

Sekiranya guru yang ingin berkongsi bahan bermanfaat yang telah disiapkan, sila hubungi admin @tchercollection melalui emel atau Telegram.

Dapatkan contoh kertas kerja di sini

Memandangkan masing-masing berlumba untuk melakukan yang terbaik untuk sekolah, pastinya ramai guru yang akan mencari idea untuk melaksanakan projek bermanfaat. Sekiranya berminat untuk melaksanakan projek atau program ini, muat turun kertas kerja melalui pautan ini:

Versi 1Versi 1

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!