Tun Rahah meninggal dunia

PUTRAJAYA – Ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Tun Rahah Mohd Noah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.

Perkara itu dikongsikan Najib menerusi laman Facebook dan Twitter beliau.

“Innalillahwainnailaihirojiun. Bonda saya sudah tiada,” katanya.

Menurut Najib, mereka sekeluarga kini berada di hospital.

“Kesedihan dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini,” katanya.

Tun Rahah meninggal dunia

Sementara itu, Menteri Wilayah, Tan Sri Annuar Musa turut berkongsi kesedihan menerusi laman Twitter beliau.

“Innalillahiwainnailaihiraajiun…Dengan penuh rasa sedih, Tun Rahah Mohd Noah telah kembali ke rahmatullah sekejap tadi,” ciapnya.

Annuar yang juga Setiausaha Agong BN turut menitipkan kata semangat kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.

“Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat atas roh Allahyarhamah… Al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu, Tun Rahah, 87, yang merupakan balu kepada Perdana Menteri kedua, Tun Razak Hussein menerima rawatan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur selepas dilapor kurang sihat.

Bonda Najib Razak - Tun Rahah

Sebelum ini beberapa kenamaan termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menziarahi Tun Rahah.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah turut perkenan mencemar duli menziarahi Tun Rahah.

Kredit: Kumpulan Karangkraf

Leave a Comment

error: Content is protected !!