Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu

Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu ini ialah perkongsian untuk memudahkan pengurusan setiausaha dan ahli-ahli panitia membuat rujukan di kemudian hari.

Minit mesyuarat kebiasaanya mengandungi perincian hal yang telah dibincangkan dalam mesyuarat atau aktiviti Professional Learning Community (PLC). Dokumen ini juga mengandungi catatan keputusan atau persetujuan telah dicapai dalam perbincangan.

Catatan minit mesyuarat sangat penting bagi pihak-pihak yang berkaitan untuk mengambil tindakan dengan berkesan. Minit mesyuarat dapat dijadikan panduan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang terlibat dengan panitia.

Salah satu kepentingan minit mesyuarat adalah sebagai bukti pertemuan atau perbincangan antara dua pihak. Minit mesyuarat adalah bukti perbincangan atau kata putus yang telah diambil antara kedua-dua pihak. Contohnya, jika terdapat perselisihan antara dua pihak, pihak yang berkaitan boleh merujuk kepada minit pertemuan untuk menjaga keadilan dan mengurangkan konflik antara kedua-dua pihak.

Format minit mesyuarat pada kebiasaannya disusun mengikut agenda mesyuarat dan harus kelihatan kemas dan teratur.

Pelaksanaan atau perjalanan mesyuarat tidak akan sempurna sekiranya tidak ada catatan mesyuarat yang ditulis dengan baik dan rekod mesyuarat yang sempurna. Maka jelaslah bahawa bahawa rekod mesyuarat sangat penting kerana akan mencatat semua maklumat yang dihantar dan dibincangkan dalam mesyuarat.

BilBahan PerkongsianMuat Turun
1.Minit Mesyuarat Bahasa Melayu Kali Pertama📥
2.Minit Mesyuarat Bahasa Melayu Kali Kedua📥
3.Minit Mesyuarat Bahasa Melayu Kali Ketiga📥
4.Minit Mesyuarat Bahasa Melayu Kali Keempat📥

Kandungan minit mesyuarat mesti merangkumi tajuk ( nama mesyuarat), jumlah perjumpaan yang biasanya ditulis bilangan ke berapa, tarikh perjumpaan (waktu perjumpaan diadakan), dan tempat mesyuarat (tempat perjumpaan), minit mesyuarat dengan operasi dan tandatangan penyelia mesyuarat.

Koleksi Minit Mesyuarat Pelbagai Panitia

Admin insha-Allah akan mengumpulkan minit mesyuarat yang lengkap bagi setiap panitia. Koleksi minit mesyuarat ini boleh digunakan oleh guru-guru untuk tahun ini atau rujukan tahun-tahun akan datang.

Sekiranya guru yang ingin berkongsi koleksi minit mesyuarat yang telah disiapkan, sila hubungi admin @tchercollection melalui emel atau Telegram.

Selain Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu, minit mesyuarat pelbagai panitia ini mungkin boleh membantu:

BilBahan Perkongsian
🍎Minit Mesyuarat Bahasa Melayu
🍎Minit Mesyuarat Bahasa Inggeris
🍎Minit Mesyuarat Matematik
🍎Minit Mesyuarat Sains
🍎Minit Mesyuarat Pendidikan Agama Islam

Penutup

Sebagai penutup kata, kami mempelawa semua guru, murid, ibu bapa atau mana-mana pihak untuk terus menyumbangkan bahan untuk dikongsikan di laman web tchercollection.com.

Jangan lupa untuk berkongsi kepada rakan-rakan melalui aplikasi atau platform lain seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram. Klik pada butang Share di bawah. Semoga bermanfaat !

Jika ingin menymbang bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan berkaitan bidang pendidikan bolehlah kongsikan melalui emel [email protected] atau melalui Telegram t.me/tchercollection.

Leave a Comment

error: Content is protected !!